Posted by : Mohd Asri Hj Zainal May 22, 2014



Tahniah !

Kalimah pertama yang saya bisikkan dalam hati tatkala melihat poster wacana.

Mahasiswa Malaysia di Maghribi kelihatan semakin matang kerana mampu berwacana membentangkan manifesto pilihanraya. 

Perkara ini bagi saya sangat penting. Penting Supaya mahasiswa/wi Malaysia yang berada di Maghribi ini berupaya memilih pemimpin mereka untuk sesi yang akan datang dengan pilihan yang bijak dan bermanfaat untuk mereka.

Biar mereka jelas dan cerah untuk memilih calon yang mampu memandu mereka kearah yang mendatangkan hasil bagi mereka. 

Kebajikan menyeluruh. Kualiti mahasiswa. Saya fikir perkara ini patut menjadi timbangtara mahasiswa dalam membuat pilihan.

Sekalung tahniah untuk pihak penganjur yang bertungkus lumus untuk memastikan kualiti mahasiswa disini seiring dengan mahasiswa yang berada dibenua lain. 

Setidak-tidaknya mereka (calon) akan melakar pelan tindakan mereka dan dibentangkan untuk tatapan pengundi. Walaupun jumlah pengundi hanya sekitar 90 orang.

Jumlah pengundi tidak ramai bukanlah isu yang besar jika dibandingkan isu Visi dan Misi calon presiden dan pelan tindakan mereka.

Tahniah sekali lagi untuk semua yang terlibat.

Namun, setiap perkara pasti ada lobang-lobang kekurangannya. Hatta catatan ini juga boleh jadi dari mata saya sempurna. Boleh jadi juga, dari mata pembaca ianya  catatan yang cacat lagi cela.

Ada perkara yang saya ingin ketengahkan sebagai cadangan untuk penambahbaikkan siri wacana ini.

Moga dengan cadangan ini dapat membantu sebanyak sedikit pihak penganjur melakukan yang terbaik.

Saya selalu sebut kepada beberapa sahabat ketika cuti di Malaysia tahun lepas. 

"Memang semua perancangan tidak akan sempurna. Tetapi, perancangan yang sempurna akan mengurangkan kekurangan".

Kita boleh melimitasikan kekurangan sesuatu perancangan itu jika kita ada plan order yang lengkap. 

Hal ini, saya inspirasikan dari kata-kata Saidina Ali radhiyallahu 'anhu "Kebenaran yang tidak terancang itu boleh sahaja dikalahkan oleh kebatilan yang terancang".

1. Sambungan internet yang tidak kuat.

Cadangan saya, untuk siri wacana yang akan datang, pihak penganjur cubalah untuk dapatkan sambung internet yang kuat supaya sambung livestream tidak terputus. 

Sedia maklum, hampir 80% peserta wacana ini bergantung pada sambungan internet kalian. Mungkin selepas ini boleh dapatkan perkhidmatan syarikat jalur lebar yang menawarkan upload speed yang sesuai. Sebagai cadangan, saya cadangkan syarikat jalur lebar inwi yang menawarkan upload speed rate yang sesusai.

P/S : Saya secara peribadi tidak sempat menonton sesi pembentangan manifesto Ustaz Aizat Syimir dek terputus-putusnya talian.

2. Sesi luahan perasaan calon.

Bagi saya, 15 minit awal sesi wacana ini saya habiskan dengan mendengar perkara yang tidak perlu dibentangkan.

Perasaan calon bukan keutamaan kami dalam memilih anda sebagai Presiden. Kami tidak memilih Presiden atas dasar kasihan dengan perasaan terharu anda.

Ini bukan sesi muhasabah malam sabtu program anak-anak soleh sekolah menengah ! 

Jika sekalipun, kalian ingin menzahirkan perasaan terharu anda dicalonkan sebagai Presiden, anda mungkin boleh zahirkan pada mukaddimah jawapan anda. 

Cadangan dan pandangan saya, soalan pertama yang sepatutnya di ajukan bukanlah soalan berkisar perasaan tetapi soalan tentang pendirian, pandangan calon terhadap fenomena wacana dan bual bicara yang menjadi budaya pilihan anak muda khususnya mahasiswa hari ini.

3. Sesi bongkar rahsia.

Ok, setelah 15 minit saya habiskan masa mendengar sesi luahan perasaan. Saya secara peribadi rasa sekali membuang masa mendengar jawapan soalan kedua dari moderator. 

Duduk dihadapan laptop sambil memegang pensil dan buku nota dengan segunung harapan supaya saya dapat catat isi-isi penting dan menarik untuk dikongsikan kepada ahli wilayah namun hampa.

Akukan penghulu ! 

Cadangan dan pandangan saya, soalan masalah kritikal pentadbiran sesi lepas bukan menjadi keutamaan peserta wacana. 

Hal ini kerana, calon-calon presiden yang bakal membentangkan manifesto sepatutnya menganalisis isu-isu tersebut terlebih dahulu dan mencari solusinya yang terbaik dan dibentangkan kepada kami sebagai manifesto. 

Cerita masalah pada kami, apa yang kami boleh buat? Kami calon kah?

Seharusnya, teruskan sahaja pada sesi visi dan misi calon-calon presiden. 

Sekali lagi sesi luahan perasaan. 

Ok, habis 30 minit hanya pada 2 sesi ini. 

Masuk sahaja minit ke-33, sambungan 'livestream' sudah melihatkan ayamnya.

Saya hanya sempat menonton secara jelas Ustaz Farouq membentangkan manifesto beliau tanpa huraian.

1. Mewujudkan suasana ilmiah.
2. Memperkasakan SOP (Standard Operating Procedure.
3. Memperkasakan ahli pada SOP.

Hurm, Ustaz Aizat Syimir punya manifesto akan disiarkan secara rakaman. 

Nah, jika 30 minit awal yang diperuntukkan terus membentangkan manifesto bagaimananya?

Ouh, lupa, harga barang naikkan takdir Tuhan!

Maka, cadang saya, letakkan keutamaan pada apa yang lebih utama. Supaya kita mencapai objektifnya.

"@al_duraini antara masalah, perasaan, misi dan visi = hudud dan kebajikan mana utama?"

4. Moderator perlu fokus pada objektif.

Dengan tidak sedikitpun merendahkan krediblitinya dan sumbangannya terhadap PMMM.

Saya lihat untuk pertama kali ini, moderator tidak perlulah cerita hal dalam bilik. Apa tujuannya? 

Tiada siapa berminat ! Kalau adapun mungkin yang tengah angau dengan calon-calon.

Seharusnya moderator straight to the point tanpa membuang masa dengan cerita-cerita hal bilik.

Binalah soalan-soalan yang menjurus kepada objektif diadakan wacana ini.

Mungkin ada keperluan untuk mencontohi moderator-moderator hebat seperi al-Fadhil Dr. Maszlee Malik mahupun Sdr. Wan Saiful Wan Jan.

Tugas moderator bagi hemat saya adalah untuk mengemudi wacana ini sampai ke objektifnya. Dengan itu, para peserta akan lebih rasa tenang untuk memilih calon presiden mereka dan yang paling penting tidak merasa annoyying pada wacana ini.

Bagaimana pula dengan calon? Ya, calon, anda akan dinilai ketika wacana ini. Buatlah sehabis baik dengan menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang berpijak dibumi nyata. Persiapan anda perlu jitu.

Soalan tentang luah perasaan, soalan tentang masalah kritikal pentadbiran sesi lepas dan cerita hal bilik calon-calon yang merupakan ahli rumah moderator dan ahli usrah anda bukan keutamaan saya dan mungkin 'kami'.

Akhir catatan, saya amat berharap agar wacana seperti ini berkembang mekar didalam atmosfera Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi. Bahkan, simposium atau kolokium juga boleh turut diadakan.

Kita punyai tenaga sarjana yang hebat. Kita punyai al-Fadhil Ustaz Ayman al-Akiti dengan tesis sarjananya. Kita punyai Ustazah Shahirah juga dengan tesis sarjananya. Bahkan juga, calon sarjana kita juga ramai. 

Saya kira, jika dimanfaatkan mereka untuk wacana ilmiah mahupun pembentangan tesis mereka tentu akan menambah nilai kualiti mahasiswa dibumi gerbang andalus ini. 

Catatan ini hanya satu pandangan peribadi saya yang hina lagi tidak memberi komitmen yang PMMM harapkan. Tiadalah ianya bersangkutan dengan individu lain. Jika ada yang salah, saya mohon diperbetulkan.

Saya akhiri dengan sepotong hadith dan kata-kata hikmah. 

Pesan Baginda sallahu 'alayhi wasallam : 

مَنْ سَنَّ في الإسلامِ سُنَّةً حسَنةً فلهُ أجرُها ، وأجرُ مَنْ عمِلَ بِها من بعدِهِ ، من غيرِ أنْ يُنقَصَ   من أُجورِهمْ شيءٌ ، ومَنْ سَنَّ في الإسلامِ سُنَّةً سيِّئةً فعليهِ وِزرُها ، ووِزرُ مَنْ عمِلَ بِها من بعدِهِ ، من غيرِ أنْ يُنقَصَ   من أوْزارِهمْ شيءٌ

"Sesiapa yang melakukan kebaikkan didalam Islam maka akan diberikkan ganjaran dan ganjaran orang yang mengikut kebaikkan itu tanpa mengurangkan sedikitpun ganjaran itu. Maka sesiapa yang melakukan kejahatan didalam Islam, maka akan dikira kejahatannya itu dan akan dikira juga kejahatan mereka yang mengikutnya tanpa mengurangkan sedikit hukumannya". AlHadith

Kata al-Imam Malik bin Anas :

"Setiap manusia itu barangkali dia benar dan dia silap, kecuali RasulNya".

Tahniah sekali lagi kepada pihak penganjur dan calon-calon ! 

Semoga Allah ganjari keberanian dan kematangan kamu semua.

P/s : Soalan saya dijawab atau tidak? Dan ' kami' mungkin tidak mewakili mana-mana individu.

Soalan saya pada setiap calon : "Apakah pelan kebajikan yang akan dibawa oleh setiap calon. Maklum, kebajikan mahsiswa disini perlu diambil cakna. Contohnya bekalan ubat-ubatan yang mencukupi disetiap rumah".

2.37am | 23 Mei
Teratak Nasyatilla

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -