Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jan 28, 2013



Kira-kira jam 5.30 petang selepas pulang dari menghadiri kelas terakhir di semester kelima ini, saya keluar sebentar menghirup udara segar.

Selepas 6 jam kelas berterusan.

Dengan harapan, dapat menyegarkan sedikit badan dan minda untuk persiapan ulangkaji belah malamnya pula.

"Woii, tuan kedai ! Kau tak patut letak besi besi ini disini !", herdik seorang tua akibat kepala terhantuk pada besi atap mudah alih kedai sayur itu.

Saya berhenti dari meneruskan perjalanan. Tertarik dengan peristiwa petang senja.

"Eh, kau yang salah ! Kau jalan mata letak mana?", tuan kedai kalah herdikkannya.

"Selama 10 tahun aku berniaga disini tak pernah lagi orang terhantuk atau terlanggar disini, kau orang pertama".

"Jadi bukan salah aku ! Salah kau", tuan kedai cuba membela diri.

Makin ramai datang berkerumun disitu.

Seperti biasa, ada yang ingin menyelesaikan masalah. Ada juga yang hanya menambah haba.

MENGAKU BERSALAH

Jujur, untuk mengaku bersalah bukan satu perkara yang mudah.

Lagi-lagi jiwa dan minda kita sudah lama didoktrinkan dengan kaitan bersalah dan hukuman.

Bukan mudah !

Kebetulan, kejadian itu disaksikan sendiri dengan mata ini. Sudah tentu saya lebih memihak kepada tuan kedai.

Secara kebetulan juga, secara pak cik tua itu melanggar tiang besi itu, saya juga memerhatikannya yang berjalan secara bertentangan dari arah saya.

Pak cik itu berjalan sambil bergelak ketawa bersama teman seperjalannya.

Gelak tawanya itu mungkin menjadi sebab beliau tidak fokus dengan perjalanan sehingga beliau terlanggar besi itu tanpa di arah oleh sesiapa.

Ironinya, bila kita buat salah, kita patut mengaku bersalah. Ini kali, tidak.

Dia langgar, dia benar.

Akhirnya, dari ketidakmengakuan bersalah itu menambahkan lagi dosa-dosa kita.

Mengaku bersalah mempunyai banyak hikmah.

DISEBALIK PENGAKUAN 




Tidak semua yang bersalah itu perlu mendapat hukuman bukan?

Lagi-lagi yang bersalah dan yang mengaku dia bersalah.

Selalunya, didalam drama polis atau sewaktu dengannya pasti ada ayat tawar menawar antara polis dan penjahat.

Lebih kurang macam ini. "Hey, penjahat jikalau anda mengaku bersalah, pasti anda akan diberikan hukuman ringan".

"Ringan yang macam mana?". Tanya kembali penjahat yang tertawan dengan kesopanan polis.

Ketika Baginda s.a.w ditegur oleh Allah swt melalui Surah Abasa, Baginda s.a.w akur dengan teguran itu.

Teguran untuk tidak mengendah seorang sahabat buta yang datang untuk bertanya tentang islam.

Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya berkata hikmah dari teguran ini adalah islam itu bukan agama untuk golongan eksklusif sahaja. Islam untuk semua. Tidak kira siapa pun, penganutnya, agama suci ini tidak sesekali mengkelaskan mereka dengan material.

Namun, indikator yang Allah sediakan untuk di angkat mulia adalah dengan tingginya ketaqwaan kita.

Begitu juga dengan kisah Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidr a.s.

Nabi Musa a.s mempelajari sesuatu yang baru dari Nabi Khidr a.s disepanjang pengembaraan mereka bersama. Nabi Musa a.s juga ditegur oleh Nabi Khidr atas kesilapan Baginda melanggar syarat Nabi Khidr.

Jesteru, apa lagi yang menyebabkan kita tidak lagi ingin untuk mengaku bersalah ?

Periksa hati, tanya Iman ! Jangan berkawan dengan mahluk bernama 'terlalu ego'

ZIDNA ILMA WA FAHMA (TAMBAHKAN KAMI ILMU & KEFAHAMAN)

Ilmu dan Kefahaman perkara yang tidak boleh dipisahkan.

Ada ilmu tiada kefahaman maka boleh terjerumus kelembah kesesatan.

Manakala, kefahaman tanpa ilmu umpama buah tanpa pohon. Tak tahu apa yang dia faham.

Maka, untuk menjadi seorang yang jujur (sifat yang mahmudah yang menghasilkan sikap untuk mengaku bersalah) kita perlu ada ilmu serta faham dan amalkan ilmu.

Semua tahu, Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang insan yang Jujur.

Kejujurannya itu diakui oleh kuffar musyrikin dalam peristiwa perletakan semula batu hitam (hajarul aswad).

Ikutilah sifat0sifat peribadi nabi supaya sikap yang lahir dari sifat itu harmoni.

Ok, persoalannya ilmu yang bagaimana ?

Carilah sebanyak mana yang boleh akan ilmu yang membantu anda Dunia & Akhirat.

Di ulangi sekali lagi, ilmu Dunia & Akhirat.

Kita mohon pada Allah, agar dunia yang penuh dengan fitnah akhir zaman ini kita tempuhi dengan cekal. Berbekal ilmu dan kefahaman serta pengamalannya.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II (1718pm 28Jan13)

*P/S : Kisah pak cik yang terlanggar besi tiang tadi, berakhir dengan pak cik itu beredar dengan muka ketat.

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -