Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jan 30, 2013




Listen ! Listen ! Listen ! (tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati)

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berbicara tentang sifat ahli syurga.

Ada 4 sifat ahli syurga yang Al-Imam sebutkan didalam penulisannya AlFawaid (Faedah-Faedah).

1. Mereka yang SELALU bertaubat. 

Ada 3 definisi orang Selalu bertaubat.

Kata Ubaid ibn Umair, "Mereka yang selalu bertaubat adalah mereka yang sentiasa mengingati dosa-dosa mereka lalu memohon keampunan dari Allah s.w.t".

Kata Imam Mujahid, "Mereka adalah yang sentiasa memohon keampunan dari Allah apabila mengingati dosa-dosa mereka ketika waktu mereka bersendirian bermunajat kepada Allah".

Kata Imam Saeid Ibn alMusayyid (seorang tabi'en), "Mereka adalah yang melakukan dosa kemudiannya memohon keampunan dari Allah, kemudian melakukan dosa kembali kemudiannya memohon keampunan dari Allah". 

2. Mereka yang menjawab tanggungjawab sebagai Hamba Allah. 

Kata Imam Qatadah, mereka ini sentiasa menjaga apa yang di arahkan oleh Allah dan meninggalkan larangan Allah.

3. Berdasarkan firman Allah didalam Surah Qaf ayat ke-33 مَّنْ خَشِيَ الرَّحْمَٰنَ بِالْغَيْبِ yang bermafhum, "(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah,

4. Berdasarkan firman Allah didalam Surah Qaf ayat ke-33 وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ yang bermafhum, "serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat"."

Syurga itu untuk kita.

Kejar Syurga Akhirat, Syurga Dunia akan mengikutinya.

Jangan khuatir, cinta Allah itu meliputi segalanya yang berada didunia dan dilangit semesta.

"..Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” Hadith Qudsi Riwayat Imam Bukhari.

Allaaaah ! 

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II (31Jan13 1219am)

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -