Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Dec 9, 2012



Lembu, kambing, unta dan seangkatannya semua sudah disembelih. 

Tukang sembelih pun sudah keletihan menyembelih haiwan-haiwan. 

"Ouh letihnya, habis dah ayam semua aku sembelih", kata Imam Tua tersebut. 

Tuan-tuan, ayam tidak dikira sebagai haiwan korban ye. Haiwan korban mengikut mazhab imam syafie mestilah berkaki 4. Jika sekiranya ayam itu ditakdirkan berkaki 4, maka boleh dikorbankan.

Seperti kebiasaan dizaman kemajuan teknologi ICT ini pastinya lambakan ucapan selamat hari raya dilaman-laman sosial. Dan pastinya Facebook yang dicipta oleh Mark Zuckerbeg itu penuh dengan ucapan-ucapan selamat.

"Selamat Hari Raya Eidul Adha, Siapa Yang Ada Kambing Jangan Lupa Bagi Sikit", tulis pemuda yang penuh semangat menyambut eidul adha sehinggakan seminggu sebelum eid sudah dipost status ucapan raya.

"Untonglah siapa yang sambut eid di Malaysia", tulis bakal engineer wanita itu yang menyambut eid di Indonesia.

Tidak kurangnya dengan gambar-gambat baitullah alharam yang diletakkan pelbagai caption sebagai meraikan kedatangan bulan haji dan juga bulan korban ini.

Tidak kalah juga kepada mereka yang kreatif mereka poster-poster dengan diisi kata-kata semangat pembakar motivasi dibulan tetamu Allah yang melakukan wukuf di arafah.

"Selamat Bereidul Adha kepada semua. Jadikan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s sebagai pedoman kehidupan kita. Jangan asyik nak makan daging korban jaaa. Hang ingat apa? Hidup ini untuk makan ja kaa?", penuh dengan emosi.

Hampir tercabut butang enter dipapan kekunci.

Hampir semua kenalan  pemilik status ini sentap.

Sunyi sepi seketika dunia facebook mereka.

SEBALIK KISAH IBRAHIM A.S.

Ramai yang mengajak kita untuk menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang masyhur dengan kisah penyembelihan anaknya Ismail a.s.

Tapikan, tidak ramai yang menyelongkar apakah simboliknya peristiwa pengorbanan itu.

Simbolik/hikmah itu jika difahami oleh kita maka mesej yang Allah sampaikan melalui kisah ini akan benar-benar memberikan dalam kehidupan seharian. Ketika itu, status berbaur dakwah itu barulah bermanfaat.

Kisah Ibrahim A.S

Nabi Ibrahim yang masyhur sebagai Khalilullah itu, merupakan satu figure pemuda yang berani pada zaman itu dan terus menjadi contoh keberanian sehingga saat ini.

Bahasa moden, tokoh revolusi  muda pada zaman itu.

Keberanian Baginda memecahkan berhala-berhala pada ketika itu diceritakan didalam Al-Quran.


"Lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya". Surah Al-Anbiyak : 57

Dan kerana keberanian Baginda Ibrahim a.s memecahkan berhala-berhala itu, Baginda dihukum oleh Raja Namrud supaya dibakar hidup-hidup. 

Hukuman itu tidaklah menggoyahkan Nabi Ibrahim a.s untuk terus beriman sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Sungguh, keberanian Nabi Ibrahim a.s itu tiada tolok tandingannya. 

(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!". Surah Al-Anbiyak : 67

Tawakkal Kepada Allah. 

Menjadikan Allah yang Maha Kuasa itu sebaik-baik pergantungan itu merupakan pilihan Nabi Ibrahim a.s ketika dibakar oleh kaum Kuffar. 

Tekad kesabaran dan kuatnya keyakinan bahawa Allah itu sebaik-baik pertolongan maka, api yang marak membakar itu diarah oleh Allah untuk menjadi sejuk.

Maka tiada yang mustahil dengan Kuasa Allah. 

Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!", surah al-anbiyak : 68 
1. Pengorbanan Bukan Sekadar Ucapan

Tempoh waktu Nabi Ibrahim a.s untuk menimbang cahaya mata adalah sangat lama. Ada riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Ismail a.s lahir ketika Nabi Ibrahim melewati usia 86 tahun. Ada juga menyatakan bahawa ketika Nabi Ismail a.s lahir umur Nabi Ibrahim a.s mencecah 90 an.

Apa juga angka umur Baginda, mesej yang jelas yang disampaikan ialah Baginda sudah tua ketika menimang cahaya mata yang pertama.

Seperti pasangan yang lain jua, setiap anak yang di anugerahkan Allah pasti dijaga rapi dan dibelai manja . Yang normal pasti begitu sunnah kehidupan mereka.

Amat pelik sekali sekiranya pasangan yang menanti kedatangan insan baru dalam keluarga tetapi apabila dikurniakan insan tersebur tidak dijaga dan diberikan kasih sayang.

Ada je yang perangainya macam itu.

Tidak boleh dinafikan.

"Aku benci anak ni! Tolong amik pisauuu, aku nak bunuh dia", jerit anak muda yang baru sahaja melahirkan anak tidak sah taraf.

Anak tidak sah taraf?, bahasa sopan bagi anak haram luar nikah.

Moga Allah berikan kita kekuatan untuk hadapi fitnah akhir zaman.

Namun, selepas 10 tahun menimbang cahaya mata yang pertama Nabi Ibrahim a.s di uji oleh Allah s.w.t untuk memanifestasikan cintanya kepada Allah.

Kali ini ujian bukan ujian dakwahnya ditolak. Tetapi ujian untuk menyembelih anaknya sendiri.

Tamparan yang cukup hebat.

Barangkali kita manusia yang biasa ini bisa sahaja 'mencarut' kepada Tuhan Maha Pengasih apabila ditimpa sedemikian rupa ujian.

Namun, Baginda a.s redha bahawa Ujian itu peningkat keimanan.


Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". Assaffat : 101
 Hebatnya Nabi Ibrahim a.s bukan sekadar berkorban dengan ucapan bahkan Perbuatan !

Action Speaks Louder Than Words, wisdom quotes. 
2. Minta Pendapat Seorang Anak Kecil

Di dalam ayat yang sama di atas, Allah swt menceritakan bahawa Nabi Allah Ibrahim a.s memberitahu kepada Nabi Allah Ismail a.s tentang mimpi yang Baginda alami.

Sekaligus meminta pendapat Nabi Allah Ismail.

Pendapat seorang anak kecil yang berumur 10 tahun.

Dengan hati yang tenang dan jiwa yang redha dengan ketentuan tuhan, Nabi Ismail a.s menjawab "Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu".

Menggambarkan bahawa semua perkara tentang urusan seorang anak itu perlu dibincangkan bersama mereka jika sampai waktunya mereka boleh berfikir secara waras.

Bukan Wajib tapi Perlu.

Kadangkala terdengar rintihan anak-anak terpaksa mengikut kata ibubapa mereka walaupun perkara itu tidak menghasilkan sebarang manfaat kepada mereka.

Lebih parah, isu kahwin lari.

Kenapa kahwin lari ? Ada cerita sebalik tembok memilih untuk lari.

Semoga apa yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim menjadi pedoman untuk kita. Anak kita Aset Dunia dan Akhirat kita.





Aplikasi "Action Speaks Louder Than Word"

Ketika ramai ilmuan islam ditanya apakah takrifan iman. Mereka menjawab,

Iman itu membenarkan didalam hati, mengakuinya melalui lisan dan melakukannya dengan perbuatan.
3 konsep iman. Percaya, Percakapan dan Perbuatan.

Hilang salah satu dari konsep ini maka tidak sempurna keimanan kita.

Jika hanya percaya bahawa Allah itu Tuhan yang Esa namun kontra sekali dari sudut percakapan dan perbuatan maka masih tidak sempurna.

Begitu juga konsepnya dengan percakapan dan perbuatan.

Hanya berkata-kata aku beriman tetapi tingkah laku, perbuatannya seharian tidak menggambarkan beriman kepada Allah juga menyanggahi konsep ini.

Juga dengan pengorbanan, dakwah, kebahagiaan dan seluruh aspek kehidupan.

Hanya dengan kata-kata tanpa laksana ibarat menanti bulan datang.

Laksana itu kunci segalanya.

Kejayaan Sultan Muhammad AlFateh membuka Konstatinopel bukan dengan kata-kata, tetapi dengan laksana.

Kehebatan Sultan Salahuddin AlAyubi menawan Baitul Maqdis dari Yahudi juga bukan dengan kata-kata tapi dengan laksana.

Nah ! Apa lagi yang buat kita suka berkata -kata tanpa laksana?

Penyakit ini sangat bahaya untuk daie. Bahaya untuk mereka yang ingin ubah dunia.

Sangat bahaya.

Impian tidak terlaksana tanpa laksana.

3 Langkah Untuk Kekal Momentum Laksana

Ramai yang di awal melakukan sesuatu perkara hanya bersemangat di awal. Mula muak dipertengahan dan akhirnya gagal dipenghujung.

Cuba 3 langkah ini.

1) Muhabasah Diri. Tanya diri sendiri, kita lakukan kerja itu kerana siapa dan untuk apa ? Jika untuk Allah dan Agamanya mengapa perlu hangat seketika sahaja. Jangan sekali melakukan kerja untuk mendapat penghargaan dari manusia kerana kita akan cepat letih dan mengalah jika tiada siapa yang menghargai anda. Selalu tajdid (perbaharui) niat kita.

2) Kerja Berkumpulan. Jangan buat kerja secara berseorangan. Energi kita akan cepat bersurut. Bila tiada peneman kita akan selalu hilang fokus dan akhirnya kerja bertangguh sehingga kita bosan untuk bekerja. Lagi-lagi jika kerja dakwah. Dakwah keseorangan umpama kambing masuk kedalam kandang singa. Jemaah itu menguatkan sesama kita. Selain banyak idea untuk menggerakkan lagi kerja. Umpama anggota badan. Tiada kaki tidak boleh jalan. Tiada mata sesat jalan.

3) Perhebatkan Tawakkal. Tawakkkal itu bukan terhad hanya didewan peperiksaan. Tetapi ianya menyeluruh hingga meliputi seluruh aspek kehidupan kita. Gatungkan harapan kita kepada Zat yang Tidak Pernah Akan Mati. Jangan gantungkan harapan kita kepada makhluk. Selain selalu dekat kepada Dia.

....kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. Surah Ali Imran :158

Pengorbanan bukan dengan hanya kata-kata.

Jika sekadar kata-kata kita hanya mengorbankan saliva kita !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasytilla 0200am 

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -