Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Oct 4, 2012



Dalam keluarga saya, hanya saya seorang tidak berkacamata. 

Yang lain, hampir keseluruhan hidup mereka bertemankan kacamata. 

Alhamdulillah, nikmat ini masih belum Allah tarik lagi.

Untunglahhh.

Tapi pernah juga mengada-ngada memasang niat nak berkaca mata. Alasan yang selalu di ungkapkan kepada Mem Besar, "Mak, malam-malam bawak kereta silau lah". 

Mengada-ngada punya pasal silau menjadi kambing hitam. 

Tetapi rabun mata bukan satu masalah yang besar. Masalah besar adalah apabila Mata Hati Rabun. 

Pun bolehh ! 

Huh, berdengus seketika. Apa kau ingat  mata hati tak boleh rabun?

Bahkan, rabun hati lebih teruk kesannya. Yelah, kalau rabun mata kita still boleh ekjas power kacamata. 

Nak berapa 1000? Still can what. Macam itulah mukaddimahnya. 

APA KENA DENGAN RABUN MATA HATI?

Dalam dunia yang hanya menunggu masa ini, ada dua jenis rabun mata hati. 

Rabun Dekat dan Rabun Jauh. 

Rabun dekat adalah golongan yang hanya nampak akhirat semata-mata ketika berada didunia. 

Mereka ini meninggalkan dunia 100%. Tanpa ada sekelumit rasa untuk menikmati dunia. 

Hebatkan? Kau ada?

Walhal dunia ini adalah alat untuk ke akhirat. 

Imam Syafie pernah berkata dunia ini adalah jambatan akhirat. Jadi, dunia juga diperlukan untuk akhirat. 

Bermakna, gunakan dunia untuk cari saham akhirat. Ini penting !

Golongan yang rabun hati dekat ini meninggalkan dunia hanya untuk akhirat. Maka, mereka adalah golongan yang sangat rugi. 

Ruuuuugggi.

Dunia adalah ladang akhirat. Bina syurga didunia, maka adalah syurga kita di akhirat. 

Mereka tertipu dengan kecetekkan ilmu. 

Rabun Jauh pula.

Golongan kedua golongan yang hanya nampak dunia semata-mata. Tak nampak akhirat. Akhirat kan jauh lagi. Jadi, akibat rabun jauh tidak nampak akhirat hanya dunia semata-mata. 

"Tuan-tuannnn, duniaa tuan-tuann", pesan ostad muda itu.

Mereka ini memburu dunia untuk tujuan dunia. Kerana itulah tidak mustahil pemegang amanah pun dah tak amanah. 

Sebenarnya, buru dunia itu untuk tujuan akhirat. 

"Dunia itukan alat, Akhirat itu matlamat", kata arkitek itu sambil memegang steteskop isterinya.

Buru dunia itu untuk dapat akhirat yang cemerlang.

Contohnya, bekerja sebaik mungkin untuk keperluan dunia yang boleh memberikan keselesaan untuk memburu akhirat. 

Jadi jutawan tidak pernah salah disisi agama asalkan jutawan yang beriman. Membantu saudara yang memerlukan.

Dunia untuk Akhirat.

"Carilah dunia, seakan-akan kamu akan hidup selamanya. Carilah ajhirat seakan-akan kamu akan mati esoknya", Hadith Riwayat Ibn Asahin.

UBAT UNTUK ELAK JADI RABUN.

Sudah tentu tulisan ini di ajukan kepada diri saya terlebih dahulu. 

Yelah, kadang-kala jari jemari yang sedap menaip ini, sedap menaip tentang perihal diri orang tanpa menaip perihal diri sendiri. 

Sebab itu, duduklah dalam jemaah. Dalam jemaah baru kita tahu betapa teruknya kita. 

Please lah, reduce our ego. Especially, when sitting among peoples. 

Ada 3 cara yang boleh dikongsikan bersama untuk mencegah dari jadi insan yang rabun hatinya.

1. Sentiasa hidup dalam awareness sebagai hamba Allah. Bila sedar gelaran Hamba ada dibawa kemana-mana, jadinya semua tindak tanduk juga akan berpaksikan sikap hamba. Patuh dan buat.

2. Jangan sombong menerima nasihat dan teguran orang lain. Bila hati lama tidak diketuk maka nafsu bermaharaja lela. Nasihat itu ilmu, teguran itu peringatan. Pahit teguran dan nasihat itu membuatkan diri akan rasa manis disana.

Ke nak pahit jugak? Terpulangg..

3. Cuba hidup dalam kehidupan yang penuh visi dan misi. Bererti biar ada matlamat jangka masa panjang, pendek dan selamanya. 

Nak makan, biarlah makan itu ada tujuan. Hidup untuk makan atau Makan untuk hidup. Barulah kehidupan menjadi awesome! 

Ouhh, impian setiap insan. 


Akhir perenggan, bekerjalah selama mana hidup agar tidak dikerjakan selama mana mati kelak. Amal soleh, maksiat fujjar ada dalam pilihan kehidupan kita. Jika pilih soleh, maka solehlah jawapannya begitu sebaliknya. 

Teruskan menyebarkan cintaNya.

Wallahu'alam.

Oengalaman Mengajar Erti Kehidupan| Dalam kereta ke Hospital Putra 1300pm



- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -