Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Oct 8, 2012



Hari ini dosa macam ibarat satu kebiasaan. Dah macam fitrah manusia pula buat maksiat. 

Lebih hebat lagi, dosa itu macam gugurnya daun dimusim luruh. Pergh! Ayat aku, sungguh methaphore.

Itu lah hakikat yang perlu kita akui bersama. Dosa : Biasa.

"Eh, dosa I, kubur I, You apa kisah?", kata mak cik ala datin itu sambil mencekak pinggang. 

Cubalah lihat depan belakang kiri kanan hidup kita seharian, memang tidak boleh nak lari dari membuat dosa. 

Keluar rumah,masuk rumah, keluar bilik, masuk bilik. Dosa pasti ada menuruti langkah kita. 

Biah atau environment yang meningkatkan keimanan serta ketaqwaan susah bebenar nak rasai bersama. 

Mungkin, kalau duduk dalam gua bolehlah rasanya. 

Bahasa ostad dan ostajah, Biah Solehah.

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU ?

Keadaan sebegini memang membingungkan ramai pihak. 

Ostad-ostad pula kerja mereka sekarang ini perlu dilebihkan masa. Siap 'oncall' lagi. Macam doktor pulak. 

"Ostaddd, tolong Ostadd, anak saya kena rasukkk ostad", mak cik ala datin tadi menelepon Ostad muda. 

Keadaan yang menambahkan lagi resah ibu bapa dalam merancang plan kehidupan anak-anak mereka.

Sekarang ini, dosa itu sinonim dengan remaja. Mungkin kerana dosa-dosa remaja ini selalu dipaparkan dalam arus media perdana. 

"Eleh, macam lah orang tua tak buat dosa. Huh!", mengeluh seorang anak muda yang baru mencampakkan anaknya dari tingkat 3.

Keadaan itu menjadi kian complicated apabila urusan agama dipinggirkan dalam kehidupan seharian.

Terutamanya solat. Solat tiang agama. Tiang paling mahak dalam dunia, tiang agama lah. Tiada harga yang mampu membelinya dengan wang ringgit.

Oleh sebab agama yang di anak tirikan, maka nafsu diturut perintahnya.

"Well, diorang sudah tidak berpegang pada tali agama. So, I offer lah tali I", kata En. Nafsu ketika ditemuramah oleh wartawan.

KISAH IBRAHIM ADHAM

Ibrahim Bin Adham ini merupakan seorang yang soleh. Banyak kisah-kisah pengajaran dari beliau.

Suatu hari, beliau didatangi oleh seorang ahli maksiat yang mengadu bagaimana caranya untuk berhenti dari terus melakukan maksiat.

Lalu dijawab pertanyaa itu oleh Ibrahim Adham.

"You, kalau nak buat maksiat boleh. Tapi ada 5 syarat", kata Ibrahim Adham.

Bila Ibrahim Adham membenarkan buat maksiat dengan bersyarat terbeliaklah mata ahli maksiat itu.

Bukan setakat ahli maksiat itu je boleh terbeliak, kita pun pasti riang gembira mendengar bolehnya buat maksiat.

Yelah, selama hidup 20 tahun ni, ostad-ostad dan ostajah cakapbuat maksiat itu harammmmm. Nerakaaaa.

Lalu, Ibrahim Adham terus memberi syarat untuk membuat maksiat. Maka khusyuk ahli maksiat itu mendengarnya.

Syarat-syaratnya adalah :

1. Kalau nak buat Maksiat boleh tapi jangan makan rezeki Allah.

2. Apa nak buat maksiat? Bolehhh, tapi jangan berdiri, duduk, tinggal dan menetap dibumi Allah walau seinci.

3. Jika nak buat maksiat, bolehhh sangat tapi buat ditempat yang kau yakin Allah tidak boleh melihatnya.

4. Buat maksiat boleh, tapi bila Malaikat Izrail datang untuk menyabut nyawa pintalah untuk ditangguh.

5. Kalau nak buat maksiat juga, bolehh tapi bila Malaikat Zabaniyah datang nak mengiringi kau ke Neraka kata pada dia aku tak mahu ikut kau.

Habis Ibrahim Adham bercerita syarat-syarat berikut, terkedu si ahli maksiat sambil menangis teresak-esak.

Kau ada?

TUGAS KITA PELIHARA DIRI DAN KELUARGA

Allah berfirman dalam sepotong ayat. "Peliharalah dirimu dan keluarga dari api neraka".

Tugas untuk pelihara dari api neraka ini diletakkan di atas bahu semua yang mengaku dia Islam.

Bukan sekadar pakai baju I Proud To Be A Muslim. Pakai  badge button I Am Muslim. Tapi tanggungjawab itu adalah memelihara diri dan keluarga dari api neraka.

Bila semua ada kesedaran ini, insyaallah tanpa diragui dosa-dosa akan dipandang sebagai perkara yang sangat paling jijik.

Dah lah sangat , paling pula.

Bersahabat dengan orang soleh. Kerana dapat membantu kita menggilap cahaya iman.

Banyakkan menimba ilmu dengan membaca, mendengar dan melihat kerana ianya dapat membantu kita mengenali siapa syaitan siapa malaikat.

Jaga pemakanan kita, kerana makanan yang syubhat membantu kita mengeraskan hati untuk menerima cahaya Allah.

Semua kita ini selalu melakukan dosa tetapi yang paling baik dalam golongan berdosa ini adalah mereka yang sentiasa menyesali dosa mereka.

Sabda Baginda dalam riwayat Imam Bukhari,

Semua anak adam melakukan dosa, dan sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat.

Refleksi diri, kuatkan jati diri pasti terselemat dari api.

Wallahu'alam.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan| Pusat Servis Perodua 1226pm






- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -