Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Sep 23, 2012



Jadi suami ?

Gila apa kalau tiada niat nak jadi suami?

Barangkali kemungkinan untuk digelar sebagai seorang Gay itu besar.

Kerana fitrah seorang manusia yang normal kecenderungannya mesti terhadap kaum bukan sejenis.

Lelaki cenderungnya perempuan. Perempuan kecenderungannya kepada lelaki. Jantan mesti betina. Itulah fitrah kehidupan seorang yang bergelar hamba Maha Pencipta.

 Allah pun berfirman, yang Dia ciptakan manusia ini berpasang-pasang dalam dunia ini.
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. Surah Annisak ayat 1
 Jadi, memang normal bila kita ada perasaan nak jadi seorang suami.

Bercakap tentang keinginan untuk menjadi seorang suami ini memang seronok. Plus, kalau sekeliling kita semuanya bercerita tentang perkahwinan.

Ditambah lagi dengan perisa asam garam hari ini yang sibuk mempromosikan kahwin muda. Bagusss! 

Dunia makin belajar untuk memudahkan urusan ini. 

Big clap for this world ! 

 Dek kerana itu, banyak suara anak muda berjiwa besar dan merdeka yang tak sabar nak kahwin mudaa. 

 Oh, tak sabarrrrnyaaaaa. Lol ! 

 Tapi ramai tak ambil cakna untuk jadi the best husband ever in this world. Sebab semua sibuk prepare jalan dan plan A sampai Z untuk kahwin. 

 Preparation untuk jadi Husband sangatlah penting. Apa ingat jadi husband itu hanya untuk 3 hari? 

Kalau 3 hari, saya lah orang pertama yang daftar nama untuk kahwin 3 hari. 

 Tapi perkahwinan yang kita rancang sekarang ini adalah perkahwinan yang kita impikan sampai mati. Bahkan ada sampai syurga lagi visinya. Sweet! 

 Untuk jadi suami mithali itu bukannya semudah sebut ABC. Suami mithali itu suami yang mengemudi bahtera perkahwinannya menuju syurga Allah. 

 Jalan menuju ke Syurga Allah itu bukan semudah memgambil jalan pergi ke Giant Superstore mahupun AEON Jusco.

 Jalannya pasti berliku. Berliku+berduri+berkawat+dll. Itu janji Allah kepada mereka yang betul-betul mengharap syurga itu kediaman mereka kelak. 

 Nanti selak ayat kedua dari Surah Al-Ankaboot. 

 Jadi pesanan pihak yang berkenaan kepada mereka yang bakal menggelarkan diri mereka sebagai 'Abang', 'Hubby', dan seangkatan dengannya lakukan persiapan yang mantap.

Saya suggest kan beberapa persiapan yang perlu dilakukan. 

 1. Penuhkan ilmu didada. Ilmu fardhu ain, ilmu kitaran haid wanita, ilmu yang berkaitan. Nak tambah ilmu sekarang boleh dengan pelbagai cara. Beli buku, download ebook, dengar ceramah dan lain-lain.

2. Buat plan untuk kehidupan 5 tahun akan datang. Plan dari segi kewangan, aset , pelaburan , bila nak dapat anak dan sebagainya. Plan ini akan membantu anda dalam menguruskan kehidupan berumah tangga. Bak kata pakar management. Life Management by Objective. 

 3. Tambahkan pengalaman. Pengalaman ini kita kutip dari orang-orang yang mendahului kita dalam bidang perkahwinan ini. Mereka lebih pakar berbanding kita. So, banyakkan berkawan dengan golongan Uncles. 

 4. Sediakan kekuatan rohani dan jasmani yang superb. Kerana nanti bakal isteri kita akan kelihatan sangat lain. Well, musim cinta semuanya indah ! Dah kahwin lagi indah. Lolz.  5. Mohon restu mak ayah setiap masa. Jangan sesekali nak kahwin lari. Walaupun kadang-kadang mesti terfikir nak buat macam itu. Restu mak ayah itu faktor keharmonian rumah tangga dapur kabinet yang bakal anda bina bersama. 

 Rasanya cukup sekadar ini coretan seorang hamba yang masih mencari Cinta Allah. 

Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

 Ingat kahwin bukan hanya untuk 3 hari. Wallahu'alam. 


Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Putra Specialist Hospital 2351pm 21 Sept 2012

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -