Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Sep 26, 2012




Hari ini , program realiti tv tumbuh macam tumbuhnya cendawan selepas hujan. Banyak sangat.

Lepas satu, satu. Macam-macam ada. 

Tapi yang paling bes bagi saya bila menonton MasterChef ! Ohhh mannn !

Masak-masak dan makannnn. Siapa tak suka makan ? Mungkin adalah dalam kalangan kita yang tidak suka makan tapi hanya suka minum. Herkkk, sounds weird bro !

Makan untuk hidup , bukan Hidup untuk makan.

Tiba-tiba teringat pesan Prof Dr Muhaya, dia kata kalau tak jaga disiplin pemakanan 20 tahun lagi kita akan merana. Woooh! Merana.

Jadi, kepada foodlover seperti saya pilih lah makanan yang sihat-sihat.

Dijadikan cerita untuk entri kali ini saya terpanggil untuk taip dan berkongsi cerita bagaimana kita memandang kehidupan ini.

Secara mukaddimahnya marilah sama-sama kita hayati dari kisah masterchef ini.

Kalau dalam MasterChef, setiap peserta akan present masakan mereka kepada barisan juri a.k.a chef-chef yang dah master. Jadi, chef-chef ini akan menilai tahap masakan peserta ini.

"Ok, peserta no 1111 sila bawakan kepada kami masakan yang telah anda masak", kata ketua chef kepada peserta no 11111.

Kebetulan, hari ini merupakan minggu kedua mereka berada didalam rancangan mastersef (rancangan baru), pihak penerbit menjemput 7 orang tenaga profesional untuk memberi komentar terhadap masakan peserta no 1111.

Masakan yang dimasak oleh peserta no 1111 adalah Keuy Tiow Cik Mah.

"Ok, saya akan berikan komentar dahulu", kata seorang engineer.

"Masakan kamu ini pelincirnya tidak cukup !", komen engineer tadi terhadap masakan tersebut.

Dewan menjadi senyap. Sambil para penonton memikirkan apa kaitannya pelincir dengan Keuy Tiow.

Giliran juri kedua untuk memberikan komentar. Dan beliau adalah seorang arkitek.

"Susun atur sayuran dan dagingan kamu pada masakan ini menggambarkan betapa tidak kukuhnya struktur masakan ini".

Terkedu.

Tiba pula giliran juri ketiga yang merupakan seorang Doktor.

"Masakan kamu ini terlampau banyak dos ! Boleh menyebabkan orang yang makannya jadi pening lalu pengsan". Dengan semangat doktor itu komen setelah membelasah keuy tiow itu dengan gelojohnya.

Juri keempat, seorang orang awam.

"Ouhhhh, sedapnyaaaaaa, tak pernah saya rasa Keuy Tiow macam ini. Kuey Tiow apa tadi ? Cik Mah.. Ohh Sedapnyaaaa".

Hadirin penonton bersorak.

Tiba pula kepada seorang Ustaz yang merupakan juri kelima.

"Kalau kita masak dengan menggunakan lemak khinzir, maka hukumnya harammmm, Tuan-tuan, apa dia ? Harammm".

Hadirin pula menundukkan pandangan. Insaf mendengar syarahan Keuy Tiow Haram. Lolz.

Maka tiba pula giliran kepada seorang chef. Dengan bersahaja chef itu memberikan komentarnya.

"Kuey Tiow Cik Mah anda ini bagus, tapi dihujungnya saya tidak rasa garam. Saya hanya merasai kehadiran black pepper disana".

"Apa-apa pun, masakan ini sangat AWESOME !", komen chef sambil berdiri memegang garfu.

Akibat masakannya yang mendapat banyak komentar membina, pihak penerbit bersetuju untuk mengambil komentar dari seorang penonton di studio.

Dipilihnya seorang pemuda yang berjiwa besar dan merdeka.

"Ya Allah, kalau lah masakan ini bakal isteri ku yang masakkan, sudah tentu dia seorang yang Solehah!". Kata pemuda itu. Sangat lol !

Begitulah ceritanya, masakan yang sama, tapi dilihat dari sudut yang berbeza.

Pengomen juga dari spesis yang sama iaitu Manusia.

Berlainan latar belakang menyebabkan banyak tafsiran dan banyak komentar yang berlainan diberikan.

Boleh jadi,  ada komentar yang tersasar jauh dari matlamat asalnya.

SISI PANDANG KEHIDUPAN

Kaitannya dengan kehidupan tidak jauh berbeza.

Allah ciptakan manusia itu dari pelbagai latar belakang kehidupan.

Ada yang kaya. Ada yang bekerjaya. Ada yang miskin dan juga yang papa kedana.

Tetapi matlamat asal penciptaan itu tetap sama. Menjadi seorang HAMBA.

Eh, jangan risau !

Bukan bermakna menjadi hamba itu tidak boleh jadi Arkitek sebagainya. Bahkan kita semua digalakkan menceburi bidang-bidang yang boleh memberikan keuntungan kepada Agama ini.

Nak jadi Doktor ? Silakan. Lawyer? Huh, sila-sila.

Jadilah apa sekalipun, tetapi ingat anda adalah Hamba Allah buat selamanya.

Ketika menjawat jawatan sebagai Arkitek, lihatlah kerja itu peluang beribadah dan peluang untuk mentaati perintah Allah.

Begitu juga dengan ketika bergelar Ustaz. Ada Ustaz melihat kerjayanya sebagai Ustaz hanya untuk menambahkan koleksi sampul ketika berceramah.

Huh ! Ustaz Sampul !

Pesan Imam Hassan Albanna, jadilah apa sekalipun yang kamu ingin jadi, tetapi pastikan belakangnya ada perkatan Daie. Arkitek yang Daie. Doktor yang Daie. Ustaz yang Daie. Cikgu yang Daie.

Lihat setiap perkara itu dengan pandangan seorang Hamba kepada Tuan Sekelian Alam.

MasterSef 

Kuey Tiow Cik Mah itu kalau dipandang dari padangan seorang hamba macam mana pulak ?

Hohoho. Kalau ambe (penulis), ambe akan melihat keuy tiow dari sudut dapat mengeyangkan perut dan memberikan tenaga untuk ibadah. Thats enough to me ok !

3 langkah untuk memastikan kehidupan kita sentiasa dilihat dengan penglihatan seorang hamba.

1) Banyakkan menuntut ilmu, Menuntut ilmu itu bukan mesti dengan berguru sahaja. Dengan membaca juga ilmu dapat diperoleh. Membaca amalan mulia (slogan bulan membaca setiap tahun). Dengan mendengar juga mampu menambah nilai ilmu dalam kehidupan.

2) Banyakkan bergaul dengan orang soleh. Pernah dulu, Syeikh Nuruddin AlBanjari kata,  orang yang selalu berjemaah dimasjid dan disurau akan dapat kawan-kawan yang baik dan soleh. Puas saya fikir kenapa ? Whyyy ? Jawapan dari kata-kata Syeikh yang saya fikirkan selama ini kerana orang yang menjaga solat 5 waktu sehari semalam memang seorang yang baik. Baik dalam melaksanakan perintah Allah baik juga dalam berkomunikasi sesama manusia.

3) Sentiasa muhasabah dengan WH Question ! Kalau dulu masa UPSR , WH Question ini memang diperlukan untuk merangkan sebuah karangan yang mantap ala-ala surat khabar The Star. Begitu juga dengan kita. Tanya pada diri kita.

WHO Am I ? I'm spiderman. Lolzzz.

Where I Come & Where I Want To Go ?

When ?

How?

What ! ?

Itu sajalah perkongsian kali ini . Santai tapi berisi. Moga dapat sedikit sebanyak manfaat dari penulisan yang tidak seberapa ini.

Wallahu'alam.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak AyahBonda 27 Sept 0122am

p/s: Lama sangat tak menulis, sekali menulis rentak bahasa terabur. Maaf.



- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -