Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Aug 24, 2012





"Kalau sekiranya aku mempunyai RM 500 ribu, sudah tentu aku boleh beli itu, boleh beli ini".

"Huh, cukuplah kalau aku ada sekeping not RM 50".

Hampir setiap ketika dan waktu ada sahaja manusia yang mengeluh kesah mencari bahagia dalam kehidupan.

Ada yang kadang kala sehinggakan membelakangi Tuhan dengan hanya berkata-kata.

Tidak perasan disebalik luahan perasaan !

Namun, sahabat, bahagia itu banyak formulanya. Bagi yang mencari-carinya selama ini formula ini, saya kongsikan tonggak utamanya.

Tonggaknya adalah S Y U K U R !

Syukur itu konsepnya luas. Pengaplikasinya juga turut luas.

Syukur itu bukan hanya mengucap Alhamdulillah. Namun lebih utama menurut perintah Allah.

Sifat Qanaah (berasa cukup) itu tidak lari jauh dari menjadi pengukuh dari menjadi seorang yang bersyukur.




Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras” Ibrahim : 7

Boleh jadi, mereka yang mempunyai RM 5 juta sekalipun tidak pernah rasa cukup dengan wangnya mereka.

Boleh jadi, mereka yang hanya mempunyai sekeping not RM 50 itu berasa cukup seakan mempunyai dunia seisinya.

Semuanya kerana S Y U K U R !

Dan golongan yang sedikit itu adalah golongan BERSYUKUR.


Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak AyahBonda 0754am


- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -