Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jul 8, 2012




Dua hari ini ramai yang share photo tazkirah tudung labuh. Ditambah dengan pelbagai caption oleh sang penkongsi.

Baguslah berkongsi benda ma'ruf. Moga dapat saham atas perkongsian itu.

Bagi yang bertudung labuh, teruskan istiqomah dengan tudung labuh. Moga dengan istiqomah itu dapat ganjaran yang menggunung dari Allah.

Hari ini, keadaan untuk tidak mengenakan tudung labuh itu lebih kuat tarikannya dari tarikan untuk memakainya.

Meskipun begitu, tidak bermakna yang bertudung bawal itu tidak mendapat ganjaran. Semuanya sama dapat ganjaran. Sentiasa berdoa agar dapat menjadi yang terbaik.

___________________

Tidak bermakna labuhnya tudung itu, maka imannya juga kukuh. Jangan dinilai iman dengan panjangnya tudung.

Istiqomah lah !

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ [٤٦:١٣]

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II


- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -