Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jun 12, 2012

Assalamualaikum wbt.

Semoga bulan Rejab yang makin hilang bilangan harinya memberikan suntikan semangat sebelum untuk terus didalam bulan pesta ibadah Ramadhan Kareem.

Ya Rabbana, berkatilah kami dibulan rejab ini, dibulan syaaban dan sampaikan kami pada bulan ramadhan.

Alahumma Ameen !


Situasi 1 :



Satu hari disalah sebuah masjid yang saya bersolat berjemaah disini gempar.

Gempar dengan sebuah pergaduhan yang berlaku antara seorang lelaki muda dan seorang lelaki tua.

Betul-betul selepas Imam memberi salam yang pertama.

"Kau yang salah !". Suara lelaki muda itu memecahkan keheningan masjid.

Jujurnya, saya tidak tahu apa punca mereka bergaduh.

Namun, saya tertarik dengan keadaan sekeliling ketika pergaduhan itu berlaku.

Jemaah lain sangat prihatin !

Prihatin untuk lihat aksi pergaduhan. Tangga yang sebelumnya lengang menanti kaki untuk memijaknya kali ini sesak !

Semuanya berpusu-pusu dan bersesak untuk melihat kejadian yang sudah jelas mereka tahu apa yang berlaku.

Sungguh saya pelik dengan sikap sebegini. Sanggup bersesak-sesak dan bertolak-tolak semata-mata untuk melihat perkara yang tiada kaitan dengan hidup mati.

Bukan menafikan hak untuk mendamaikan pergaduhan. Tetapi tiada gunanya jika terlebih prihatin dengan hanya menyemakkan lagi keadaan dan menyusutkan minda.

Dalam duduk saya itu, saya perhatikan lama-kelamaan dek kerana kesesakan dari sangat prihatin jemaah itu tempat pergaduhan beralih ketengah jalan.

Terus, jalan yang luas makin sempit dan menimbulkan masalah.

Kereta, motorsikal dan kenderaan tersekat disebab keperihatinan yang sangat-sangat tidak bertempat.

Bukan sahaja disini, bahkan di Malaysia sikap ini memang sikap kelambangan umat melayu islam.

Terus bicara tentang bagaimana boleh berlaku kemalangan tanpa memikirkan cara menyelesaikan dan menyelematkan nyawa yang sedang bertarung untuk hidup.

Oh !


Situasi Kedua :





"Hidup, Hidup ! Hidup Islam !". Laung kuat pelajar-pelajar berkopiah itu.

Kopiah itu boleh jadi melambangkan dia seorang pelajar jurusan agama. Boleh jadi tidak.

"Kita kena selamat Palestin ! Syria !". Gegak gempita bercakap tentang perjuang !

Namun, ketika menjejakkan kaki kedalam rumah sewa pelajar tersebut hati saya hampa bertambah kecewa !

Apatah lagi apabila menjejakkan kaki kedalam tandas.

Langsung terpaksa menahan desakan 'mereka' untuk keluar.

Saya rasa tidak adil untuk kita terlalu concern atau common sense tanpa concern dengan benda asas yang lebih perlu diperjuangkan.

Ianya soal peribadi dan karakter seorang pejuang.

Bukan tidak perlu untuk memperjuangkan nasib saudara kita disana. Bahkan ianya satu kewajipan kita untuk membantu mereka dalam segenap hal. Tetapi, perkara yang perlu kita sedari bahawa keseimbangan dalam meletakkan sesuatu perkara itu sangat perlu.

Jangan berjuang sehingga lumut dalam tandas pun kita lupakan ! Apa cer !

Kesimpulan

Dalam meletakkan sesuatu perkara itu kita perlu adil dan saksama. Bahkan keseimbangan atau bersederhana itu juga dituntut.

Tiada gunanya kita menjadi golongan yang dilihat sebagai pemudah cara ummah namun hakikatnya kita merupakan ajen perosak dalaman ummah.

Hati-hati.

Tiada salahnya perihatin @ common sense @ cakna. Tetapi biarkan kena pada tempatnya.

Akhir kata, doakan agar saudara kita yang berada di Palestin , Syria dan Myanmar semuanya dilindungi Allah dari sebarang kezaliman dan kejahatan.

Mereka akan menang ! Insyaallah.

Tunjukkan kita bersama mereka.

"Sesiapa yang tidak ambil peduli tentang urusan orang islam, sesungguhnya dia bukan dari golongan mereka". (HR Imam Tabrani)

"Bumbam bumbam kita kata palestin, syria n myanmar mesti dibela. Walhal kita dan maksiat bagai aur dgn tebingnya!", Angel Pakai Gucci.

Wallahu'alam.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II 2334pm



- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -