Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jun 4, 2012



Petang itu seperti biasa. Semua pelajar asrama yang teratur jadual kehidupannya mesti berada di Surau ketika itu.

Jarum jam tepat menunjukkan 6.45 petang. Tetapi petang itu majlis taalim atau majlis bacaan ma'thurat masih belum bermula. Mungkin terlewat sedikit.

"Abang, abang..". Seorang junior tingkatan 2 ketika tergopoh gapah menegur saya yang sedang asyik membetulkan kopiah dicermin belakang surau.

"Ha, apa dia". Jawab saya dalam keadaan acuh tidak acuh.

"Dahi fulan bin fulan tu ada kesan tompok tiga didahi dia. Kesan dia beribadah". Cakap junior itu dengan taajub melihat tompok tiga si fulan.

"Ouh ye, cuba lah tanya dia macam mana dia buat. Nanti bagitahu abang". Hatta saya puun sedikit teruja dengan 'kuasa' tompok tiga.

Junior+ itu pergi mendapatkan sifulan yang mula dikelilingi oleh adik-adik serta rakan-rakan yang berminat untuk bertanya.

Gayanya seakan berminat untuk mencungkil rahsia tompok didahi.

Tompok tiga didahi ini memang tidak dapat lari dengan tanggapan kuat beribadah dan kuat sujud.

Memang tidak dinafikan bahawa ianya merupakan kesan dari kuatnya bersujud.

Namun, persoalan yang menanti kita untuk dijawab bersama. Adakah tanda itu merupakan syarat yang menentukan kita seorang yang mulia?

Bagi saya, sudah tentu tidak !

Berapa ramai yang dahi betompok-tompok seakan-akan kesan bersujud kepada Allah, namun masih lagi melalukan onar dan durjana.

Kerana itu, kita perlu fahami apa yang dimaksudkan sebenarnya dengan dahi hitam dek lama bersujud.

Atharis Sujud (Kesan-kesan sujud)

"Bang, fulan tu kata dia tak buat apa-apa. Dia solat biasa je". "Ramai duduk dekat dia bang. Tanya macam-macam. Dia pun nampak macam dah banyak berubah sejak dahi hitam ni". Junior itu melaporkan berita terkini kepada saya.

"Ouh, tak pe lah. Baguslah tu. Moga dia istiqomah". Jawab saya yang sedang ketika itu bersandar ditiang surau.

Sejak dari peristiwa petang itu, si fulan itu terus dirapati oleh beberapa junior yang taajub dengannya. Kehulu kehilir dijaga rapi bagaikan seorang Syeikh Tarikat yang Alim Gila.

Saya ketika itu tidak ambil pusing dengan hal ini. Kebetulan tahun 2009 tahun peperangan.

Namun, selepas seminggu 'body guard'nya hilang. Ke dewan selera tiada lagi yang mengiringinya.

Jubah, serbannya turut serta hilang.

Saya pelik dan sedikit kehairanan.

Mungkin kuasa tompok hitamnya mungkin sudah habis. Tertipu dengan diri sendiri. Tertipu dengan tompok-tompok hitam.

Firman Allah didalam surah Alfath ayat 48 :





Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Firman Allah ini memberi tahu bahawa orang yang soleh terdapat kesan-kesan pada muka mereka kerana sujud kepada Allah dengan ikhlas.

Imam Ibnu Kathir dalam menerangkan maksud kesan sujud didalam tafsirnya berkata bahawa kesan sujud itu adalah sifat tawadhuk dalam kehidupan dan sifat khusyuk didalam solat.

Begitu juga dengan Imam-Imam yang dalam mensyarahkan tentang kesan sujud ini mereka berkata bahawa antara kesan sujud ini terpancarnya cahaya kelembutan diwajah serta menerangi hati.

Begitulah yang dimaksudkan dengan Kesan Sujud.

Untuk menyatakan bahawa siapa yang di dahinya kelihatan tompok hitam merupakan seorang Soleh dan juga seorang yang dekat kepada Allah itu perlu difikirkan semasaknya dan perlu dikaji sikapnya.

Bukan bermaksud untuk menafikan kebaikkan yang dilakukan kita semua.

Namun, hari ini mentaliti pemikiran Umat Islam melayu apabila melihat perkara-perkara yang bersangkut paut dengan agama semuanya diterima mentah-mentah.

Soleh itu Keperibadian.

"Baru pakai kopiah sudah dipanggil Ustad".

Pernah dengar ayat ini? Ini adalah antara dialog didalam filem islami Indonesia.

Dalam mihrab cinta. Filem yang di adaptasi dari sebuah novel yang ditulis oleh Pak Habiburahman ElSyirazi.

Didalam filem tersebut Dude Herlino yang memegan watak utama dibuang dari madrasah yang beliau menuntut ilmu disana. Dibuang gara-gara difitnah mencuri. Akhirnya dek tekanan difitnah langsung jadi kenyataan mencuri.

Seketika itu, beliau telah cuba untuk berubah menjadi baik dengan mengajar membaca alquran secara personal dirumah. Sehingga diangkat menjadi Ustaz.

Berikutan itu, terbitnya dialog diatas.

Sebagai kritikan sosial kepada mentaliti umat islam mutakhir ini.

Solusinya, kesan hitam didahi boleh jadi ianya kesan dek akibat bersujud lama kepada Allah serta mengharapkan redhaNya semata-mata. Boleh jadi, hitam itu sebagai pembuka mata kita untuk tidak tertipu dengan mengejar tompok hitam agar digelar ahli ibadah yang mulia.

Tertipu dengan gelaran dunia. Alim Kucing.

Semoga kita lebih bijak dalam meniliti kehidupan selepas ini. Ibadah itu hanya diterimaNya apabila ikhlas Lillahi Ta'ala.

Ibadah itu menjadi rosak serosaknya apabila ianya hanya kerana ingin menunjuk pada dunia.

Cari Halawatul Iman daripada sibuk mencari pewarna dahi.

Soleh dan Solehah itu Keperibadian yang terbentuk dari hati yang Ikhlas bukannya Gelaran yang ringan diungkap dilisan tidak bertulang.

Ya Allah Jadikan Kami Hamba Yang Bersyukur dan Soleh !

Wallahu'alam

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II


2 Responses so far.

  1. izzah says:

    selalu nampak lelaki yang ada tompokhitam kat atas dahi , tapi belum pernah jumpa perempuan yang ada tompokhitam cam tu .

  2. Izzah : Kebanyakkan macam itu lah, tetapi ada jugaperempuan yang saya temui dahinya hitam bertompok :)

    Semoga Allah terima ibadah kita.

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -