Posted by : Mohd Asri Hj Zainal May 7, 2012





"Oh My God ! Duit aku dah habis, aku muflis !". Rintih seorang anak muda.

"Ouh, kenapa bro ?". Tanya kawannya yang sedikit pelik.

"Aku dah tak de duit, aku muflis. Menyesal aku !"

"Erm, tak pe lah bro. Belajar dari kesilapan. Insyaallah kita berjaya balik".

"Muflis dunia tidak seteruk muflis di akhirat bro!"


Rasul Saw pernah bertanya pada sahabat-sahabat : “Tahukah kamu siapa orang yang papa-kedana (Muflis)?”

Sahabat-sahabat lalu menjawab : “Orang yang muflis tentulah orang yang tak punya dirham atau harta ya Rasulullah”

Lalu Nabi Saw bersabda : Sebenarnya orang yang papa-kedana (muflis) dari kalangan umatku itu adalah mereka yang datang pada hari Qiamat dengan membawa pahala Solat dan Zakat, tetapi (dahulunya sewaktu didunia) ia pernah mencacimaki si fulan, menuduh si fulan, menumpahkan darah si fulan.

Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah dianiayanya sehinggalah habis pahala amalannya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya itu belum lagi dijelaskan kesemuanya.

Maka akan di ambil daripada dosa orang yang teraniaya itu lalu dibebankan ke atasnya, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam NERAKA” (Hadith ini direkodkan oleh Imam Muslim)

Kesimpulan.

Cuba lah untuk tidak golongan yang muflis didunia dan paling penting golongan muflis akhirat. Kadangkala kita tidak perasan yang kita ini sebenarnya menuju ke arah muflis akhirat.

Pelbagai penindasan dan kezaliman yang kita lakukan sehingga putih hati kita jadi hitam gempita.

Sederhana itu Indah !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II 1825pm

2 Responses so far.

  1. feat3 says:

    jangan takut muflis kat dunia, sebab dunia memang sementara...
    syukran atas peringatan :)

  2. Doakan kita semua tidak menjadi hamba yang Muflis !

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -