Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Apr 5, 2012

Apa? ada rancangan baru gantikan semanis kurma tv9?

Bukan!!

Ini adalah filem pendek berunsur dakwah islamiah.

Temanya adalah berkisar tentang Ukhwah Fillah.

Kadang-kadang mulut kita sahaja yang mengaku yang kita ini berukhwah. Tetapi bila di antara kita ini ada yang menghadapi kesukaran dan musibah ketika itu Ukhwah entah kemana, Fillahnya lagilah tidak tahu tercampak kemana!

Saksikanlah filem pendek ini. Hasil arahan Ustaz Fakurazi a.k.a Abang Syeikh disamping saya dan Akhi Wan menjadi jurukamera dan editor.

Sebarang komentar saya alukan supaya akan datang saya dan yang lain dapat menambahbaik kualiti persembahan ini.

Harapan saya dan yang lain agar video ini disebarkan kesemua. Terima kasih.

...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)-Almaidah ayat 2



Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II 1710pm


- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -