Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Apr 9, 2012

Entah kenapa sejak 3 hari belakangan ini fikiran saya hanya tertumpu kepada membina sebuah mahligai mawaddah warahmah. Asyik memikirkan strategi dan pelan atur yang palin efektif untuk membolehkan saya menamatkan zaman kanak-kanak ini dengan segera.

Nikah cukuplah !

Itu sahaja yang berpusing-pusing diruang legar pemikiran.

Namun, ada sahaja bisikan halangan dalam memikirkannya.

Siapa nak bagi makan? Betul dah bersedia? Yuran anak orang tu sapa nak bayar?

Majlis nikah siapa nak tanggung ?

Allahu Allah.

Doakan agar urusan saya dipermudahkan. Soal calon biarlah masa yang menentukan.

Jadi, untuk itu saya paste kan hujah-hujah dibawah ini agar apabila Mak dan Ayah saya membacanya, mereka yakin dengan keputusan saya. Jeng jeng jeng !


10 sebab kenapa nak kahwin awal


1. Sudah ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan ayah dan mak, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh, rajin, seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

Dari asyik kawan dan tidak kemana hubungan itu, baik saya terus nikahkan? Tidak perlu patah hati lagi. Ngeee~

2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan

Mak dan ayah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

Lagi-lagi duduk di Maghribi yang ala-ala Las Vegas ini !

3.Mencari ketenangan

Apa perasaan mak dan ayah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mak dan ayah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ini bukan saya reka cerita dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)



Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. ArRoom : 21

4.Teman dalam pelajaran

Ayah dan mak risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

Walaupun orang yang saya temui itu tidak sama kursus pengajian tapi masih boleh tolong sesama sendiri kan mak ayah?


5.Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin kecuali alang. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mak dan ayah,dulu mak dan ayah boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mak ayah. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

Dia yang saya temui ini juga suka program kemasyarakatan macam saya mak. Jadi adalah peneman bila berprogram.

7.Hilang fokus

Mak dan ayah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!

Ayie pernah cerita pada mak kan cita-cita ayie? Mak suka kan dengan cita-cita ayie. Huhu

8.Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T

Saya juga nak masyarakat tahu yang urusan perkahwinan itu perlu dipermudahkan. Ngee.

9.Menjadi lebih bertanggungjwab

Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. mak dan ayah tak nak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10.Menjadi anak yang soleh

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.

Alhamdulillah, ini sahaja hujah saya untuk mak dan ayah. Harap mereka membacainya.

Tapi, jika selepas mereka membacanya dan mereka masih berat untuk membenarkan saya berkahwin muda, saya terima dengan hati yang terbuka.

Mereka lebih memahami diri saya sebagai seorang anak yang dibesarkan dari kecil lagi.

Akhir kata, moga usaha murni ini dapat tercapai !

Sejak pertama kali saya jumpa dan cuba merisik khabar si dia, saya telah tuliskan strong plan saya untuk berumah tangga. Sengaja saya kaburkan untuk menjaga privasi untuk seketika.

Pesan cikgu dan mentor saya Cikgu Mohamad, dalama apa setiap tindakan yang ingin kita lakukan kita perlu lakarkan dan tulis strong plan agar ianya menjadi pemandu kita dan ianya menjadi kayu ukur kejayaan kita.

I had wrote it down !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 0150AM

sumber : www.mindafahmi.com & diubahsuai sedikit agar ianya masuk dengan keadaan saya.

2 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    Tanamkan cita cita dengan penuh keazaman, teruskan usaha sambil bertawakal kepada Allah. Ingatlah, ' faiza 'azamta fatawakkal 'alAllah'. Mohonlah dalam tahajud mu, InsyAllah dimakbulkan Allah.
    Dr. Hasbulllah Ahdar,MD.

  2. Terima Kasih Dr. Doakan saya moga istiqomah dan Kuat :)

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -