Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Apr 3, 2012




Assalamualaikum wbt.

Berjumpa lagi dalam segmen resepi. Kali ini insyaAllah saya nak berkongsi resepi yang saya dapat oleh seorang akhi tempoh hari.

Kali ini saya tidak masak tetapi saya perhatikan cara beliau memasak. Orang thailand memang pandai masak kot.



Bahan-bahan Nasi Kerabu Thai Nasyatilla :

1. Beras 4-5 pot untuk 7 orang makan cukup. Insyaallah.

2. 2 tin sardin. Apa-apa jenama pun boleh.

3. Kobis 1 biji atau setengah biji.

4. Kacang panjang 1/2 kilo.

5. Kelapa parut 1/2 kilo | 1 kilo.

6. Belacan 1 bungkus.

7. Bawang besar / merah 3-4 biji.

8. Gula 5-6 sudu.

9. Lemon 4-5 biji.


Jika rasa nak tambah lauk dipersilakan. Ayam boleh, ikan goreng boleh dan apa-apa yang dirasakan sesuai dengan Nasi Kerabu.

Cara-cara masak.

1. Masak nasi seperti biasa. Terpulang kepada anda semua untuk mewarnakan nasi dengan warna apa.

2. Potong kacang panjang keci-kecil.

3. Potong juga kubis dengan potongan panjang-panjang.

4. Bawang dipotong kecil dan halus. Bawang digunakan sebanyak 2 kali dalam Nasi Kerabu ni.

5. Kemudian, asingkan kuah sardin dari dengan ikan. Kita hanya perlukan ikan sahaja. Nak dibuat serunding ikan.

6. Goreng ikan sardin tadi dengan sedikit bawang sehingga hancur.

7. Masukkan kelapa parut bersama gorengan ikan sardin tersebut sehingga sebati.

8. Untuk buat budu pula. Masakkan belacan dengan sedikit air. Air itu pandai-pandai lah sukat supaya tidak cair. Pekat lagi bes.

9. Kacau belacan tersebut dengan gula sehingga pekat. Jangan lupa rasa.

10. Jika sudah siap semua bahan-bahan di atas. Boleh mula untuk hidang dan makan.

11. Lemon perahkan dalam budu sikit dan selebihnya perahkan atas nasi ! Osem giler !

Sebelum makan, banyakkanlah bersyukur kepada Allah yang berikan rezeki tanpa berkira sedikit pun dengan kita. Jauh bezanya kita dengan ikhwan-ikhwan di Palestin yang ketika nak makan pun terpaksa makan dalam ketakutan.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. Surah Ibrahim : 7







- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -