Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Apr 6, 2012




Ikan dilaut , asam didarat.

Dalam periuk, bikin muafakat !

Sebuah lagi video keluaran SENTAP 2012 yang menarik perhatian saya. Ianya berkaitan dengan hati kita.

Apa kena mengena dengan hati kita dengan hati masin pula?

Memang ada kena mengena. Kerna, kehidupan kita tidak selalunya manis. Dan selalunya kehidupan kita tidak terlepas dari yang pahit.

Tonton dahulu video ini, nanti selepas tonton saya sajikan dengan sedikit ulasan.

Jom !



Imam Ibnu Atoillah As-Sakandari berkata :

"Antara tanda matinya hati kita ialah tidak berasa pedih apabila melakukan maksiat. Begitu juga tidak menyesali maksiat yang dilakukan".

Jesteru itu, video yang saya ketengahkan ini cuba memberikan peringatan kepada kita supaya jangan biarkan hati kita mati. Kerna, apabila hati kita mati pada hakikatnya kita berada didalam zon bahaya !

Analogi yang mudah.

Ikan sepanjang hayatnya didalam lautan yang masin tidak sedikit air yang masin itu mempengaruhi hidupnya. Kerna itu, ketika kita makan ikan ianya tidak masin.

Tetapi apabila ikan sudah mati, dan kita garapkan ia dengan garam mahupun air masin lautan semestinya ikan itu menjadi ikan masin !

Tidak percaya? Cubalah.

Begitu juga dengan hati kita. Jika hati yang sentiasa hidup dan mengalir dengan ingatan kepada Allah secara totalnya maksiat itu dapat dihindari.

Namun, apabila hati mati maka susahlah untuk mengingati Sang Pencipta. Dan sangat mudah untuk terbabit sama dalam industri kemaksiatan.

Kesimpulan ringkas.

Sentiasa jaga hati kita supaya terus hidup dan tiadalah kita melakukan maksiat kepadaNya.

Kerna kita bukannya Insan Maksum ! Jagalah hati kita.

Syeikh Zarruq ketika membahaskan kata-kata Imam Ibnu Atoillah itu berkata bahawa hati boleh dihidupkan dengan melazimkan Zikrullah.

Moga hati kita terjaga.


Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II 2356pm

P/s : Kredit untuk Mahasiswi Wilayah Casablanca yang menghasilkan video ini.

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -