Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Apr 18, 2012




"Tolong berikan aku sedikit duit!".

"Berikan aku makanan!"

"Aku ada anak yang masih tidak makan, berikan mereka kehidupan !"

Inilah dialog yang tidak pernah kering dari bibir seorang peminta sedekah dan peminta kehidupan.

Mereka ini tidak pernah penat untuk meminta-minta dari kita. Kadangkala kita pula yang letih !

Letih dengan penipuan yang dilakukan dengan golongan yang tidak pernah Sedar adanya Dia. Letih dengan kemalasan manusia mencari Dunia. Letih dengan golongan kaya yang tidak pernah berkongsi nikmatNya dengan mereka(peminta kehidupan).

Berikanlah kehidupan kepada mereka yang meminta dengan kadar kita ada. Supaya kadar yang kita ada bertambah berkat yang bertambah ada.

Satu cerita, tidak ingat kesahihannya. Pernah satu ketika Baginda bersabda. Orang yang memberi hutang lebih disukai Allah dari orang yang berhutang. Sahabat bertanya , kenapa wahai Kekasih Allah ? Kerana dia membantu sahabatnya menyambung kehidupan.

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”(Direkodkan oleh Imam Bukhari)

Kita akan bahagia apabila membahagiakan orang lain ! Namun, apakah kadar yang perlu kita bayar untuk bahagiakan orang lain?

Kadar itu, kita yang tentukan untuk kita bahagiakan mereka dan kita.

Saya akan membahagiakan mereka dengan kadar yang saya mampu. Ukur baju dibadan sendiri.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II 2351pm





- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -