Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Mar 9, 2012




Firman Allah didalam Surah Ali Imran ayat 103 :



Yang bermafhum :

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Tidak kira siapa kita, dari parti mana kita dan bagaimana fikrah mana kita. Berpegang teguhlah pada tali Nya. Hanya perpaduan mampu mengembalikan kegemilangan !

Jangan terlalu obses dengan fahaman kita. Kerna kita hanya manusia yang penuh dengan kecacatan. Boleh jadi kita betul. Boleh jadi kita lah yang paling salah !

Bersederhana itu lebih Indah.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 0949am



- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -