Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Mar 20, 2012




"Alah, bukan aku sahaja yang salah ! Sepatutnya semua patut salah ! Tak adil !". Suara bantahan yang kerap didengar bukan?

"Sebab kau lah aku jadi macam ini !". "Apa salah aku ya Allah ?".

Makin lama akhlak salah menyalah ini makin mewarnai kehidupan seharian kita.

Ada yang lebih teruk sehingga menyalah Kuasa Besar Langit dan Dunia atas percaturanNya dalam kehidupan kita.

Saya cuba bawakan beberapa situasi yang perlu kita renungkan bersama dan ianya berlaku dekat dengan kita.


Situasi 1 : Isu Dakwah.

A : Kita perlu mansuhkan Usrah ini dari muka bumi tarbiyah ini. Ianya memecah belahkan pelajar !

B : Tapi apakah dengan Usrah ini dapat membantu gerak kerja BADAR dalam sekolah ini?

A : No, no, no, You are definitely wrong ! Sebenarnya cukup sahaja dengan 1 gerak kerja.

B : Tapi, apakah lebih baik kita memperbanyakkan lagi gerakan ini supaya lebih mudah kerja? Awak seorang sudah tentu tidak larat nak memikul urusan ummat.

A : Siapa cakap? Saya hebat, alim !

B : Alim sahaja belum cukup jika hati belum Ikhlas berjuang ! Mengakulah dengan kelemahan diri kita yang banyak cacat celanya. Tidak perlu kata orang lain pemecah belah ummah tapi cakap pada diri sendiri.

B : Berjemaah itu dan bersederhana itu lebih Indah !



Situasi 2 : Isu Kemalangan.

A : Kau lah salah ni, kenapa kau bawak tak hati-hati ! Aku tak kira kau kena bayar juga.

B : Tapi sebenarnya encik yang salah ! Kenapa encik memotong line double?

A : Eh ! kau nak salahkan aku pulak. Suka hati aku lah nak potong kat mana !! Kau kena elaklah tadi !

B : Mana boleh macam itu encik, sepatutnya encik tahu tentang undang-undang jalan raya !

A : Ohhh! Kau nak sekolahkan aku pulak. Kau tahu tak! Aku keturunan Raja ! Kau jangan main-main.

C : Encik A, dari perhatian saya Encik A sebenarnya yang salah kerana memotong di lain berkembar. Walaupun kereta Ferrari encik ini mahal dan laju tidak semestinya Encik tidak perlu menghormati hak orang lain. Dan didalam kubur nanti, Malaikat tidak tanya encik keturunan Raja ke tidak !


Situasi 3 : Isu Politik.

A : Parti B adalah parti yang paling pemusnah dalam dunia ini ! Tengok Negeri Paling MISKIN !

B : Ahhh, Parti A adalah parti yang paling banyak krisis moral ! Tengok berapa banyak duit tertiris !!

C : Semua Parti tak boleh pakai !! Kita perlukan khilafahhhh !! Takbiiirrr !

D : Kita kena bersatu demi BANGSA "

Lalang : Kami hanya perlukan politik yang menjamin masa depan dan keamanan Negara. Cukuplah menegakkan benang yang basah ! Berubah lah.


Kesimpulan.

Jika kita salah, jangan takut untuk mengaku salah. Jika kita salah jangan pernah salahkan orang yang tidak bersalah.

Jika kita salah, belajarlah dari kesalahan. Jika kita salah mohonlah tunjuk ajar dari yang tidak bersalah.

Salah menyalah tidak membawa penyelesaian yang indah. Salah menyalah hanya membarakan api yang sedang marah.

Berubah lah ! Kita mampu mengubah segala amarah.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II 0154am

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -