Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Mar 9, 2012




"Sekarang baru Dhia tahu siapa yang mencintai Dhia".

"Siapa sayang?".

"Allah !"

Beberapa skrip yang menyentuh hati dan perasaan didalam drama Tentang Dhia.

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai menontonnya setelah tertarik dengan potongan video peringatan Hari Kekasih baru-baru ini.

Sedikit tersentuh dengan babak di pengakhiran.

Babak suami tersalah membuat keputusan untuk bermadu.

Tidak dinafikan bahawa mehnah dan tribulasi didalam rumah tangga itu memang ada. Kadangkala ianya berpunca dari diri sendiri. Kadangkala ianya berpunca dari kondisi disekeliling kita.

Suami Mithali Suami Yang Taat Perintah Allah

Untuk menjadi seorang Imam yang mithali banyak perkara yang perlu dicambah didala kehidupan.

Persediaan sebelum dan selepas.

Taat perintah Allah. Saling berbantu didalam perkara kebaikkan dan menghormati kedua ibu bapa itu peribadi suami mithali.

"Tidak sempurna seseorang itu sehingga Aku (Rasulullah) dicintai melelbihi cintanya kepada kedua ibu bapanya dan anak-anaknya".


Mencintai seseorang biarlah ada prinsipnya. Mencintai seseorang biarlah ada tahapnya. Mencintai seseorang biarlah sampai ke syurga.

"maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta"

Nota ringkas Suami Mithali !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II -0005am-



- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -