Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Mar 21, 2012

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya". Surah Ali Imran : 104


Jangan kita kuncup dalam perjuangan ini. Penat, lelah dan kehabisan tenaga semuanya akan dibayar Allah. Hidup ini untuk beribadah padaNya. Jadikan dakwah ini medan kita untuk beribadah.


Sentiasa mempebaharui niat kita ketika berada didalam landasan berjuangan ini. Supaya kita lebih segar dengannya. Agar kita rempuhi semua rintangan dengan hikmah dan selamba. Allah juga matlamat kita !.


Hanya dengan berjemaah pertolongan Allah itu akan tiba. Hanya dengan berjemaah itu kejayaan manis mampu diperoleh bersama. Hanya dengan berjemaah itu semuanya pahit akan ditelan bersama. Hanya dengan berjemaah hidup sunyi jadi indah belaka !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II 2324pm



- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -