Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Mar 17, 2012

"Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan". Riwayat Imam Abu Darda'




Hari ini hari yang begitu menyulitkan. Urusan program sukarelawan di Sabah makin sulit.

Banyak perkara yang perlu diuruskan. Tiket sudah dibeli namun, kepastian untuk berprogram masih samar.

Cikgu Mohd sudah aku hubungi untuk maklumat terkini tentang program. Katanya, dia suruh bersabar dan terus gigih berusaha.

"Hang sabarlah sikit. Biasa lah tu, kerja dakwah ini bukannya mudah". Pesan Cikgu Mohd ketika aku menghubunginya.

Hari ini mungkin semuanya tidak kena. Hampir berlanggar dengan sebuah kereta. Urusan surat menyurat banyak yang terlupa.

Kelas kafa perlu diteruskan. Tidak boleh minta excuse tanpa alasan.

Urusan peribadi ini jangan dicampurkan dengan urusan kerja. Itu resepi utama untuk mendidik kesabaran.

Yang pasti aku tidak boleh membawa perasaan yang sulit ini ketika mengajar. Takut aku tidak boleh untuk perform dengan sebaiknya.

Pejabat Sekolah.

"Ustaz Asri, tadi Ustazah Zarina pesan suruh jumpa dia selepas ini". Pesan Kak Long, kerani sekolah yang sudah lama berkhidmat semenjak aku masih disekolah itu lagi.

"Ha, baik kak long, terima kasih sampaikan pesanan". Ujarku selepas menandatangi buku kehadiran pengajar di pejabat.

Semenjak melaporkan diri sebagai salah seorang tenaga pengajar disini, tidak pernah sekali aku bertemu dengan Ustazah Zarina kerana kesibukkannya mengajar murid tahun 5 yang peperiksaan UPKK nya sudah hampir.

Mungkin sahaja Ustazah ingin berkenalan.

"Bersangka baik sahajalah yang mampu aku lakukan ketika ini", kata kecil hatiku.

Ketika diperhimpunan segalanya berjalan seperti biasa. Anak-anak kecil ini keadaan mereka seperti biasa. Berpeluh dan terus berpeluh.

Ada juga ibu bapa yang datang membawa bekalan makanan tengahari dikantin. Mungkin kekangan waktu menyebabkan mereka memilih kantin sekolah sebagai ruang makan anak-anak.

"Ustat, Ibu saya kirim salam", kata Sofeya.

"Kirim salam je?". Jawabku bergurau.

"Yelah, takkan nak kirim nasik kot". Jawapannya juga turut bergurau.

Mungkin hari ini tarikh peperiksaan akhir tahun akan diumumkan oleh Sir Malek. Memandangkan Sir Malek adalah penyelaras KAFA sekolah ini makan dia lah yang bertanggungjawab memutuskan tarikh.

Kelas pertama hari ini adalah kelas darjah 1. Seperti biasa matapelajaran Al-Quran akan menyapa mereka petang yang damai ini.

Buku gerak kerja pengajar masih belum aku kemaskini kan. Hampir seminggu juga tidak dikemaskini dek kesibukkan kesana kesini. Tekadku malam ini untuk mengemaskini kan semuanya agar tidak menggangu proses pelajaran.

"Ustaz Asri", panggil Ustaz Syarfiza.

"Ye, kak. Ada apa tu ?". Jawabku perlahan.

Kelihatan ditangan Ustazah Syarfiza penuh dengan kertas-kertas peperiksaan. Mungkin juga dia ingin menyerahkan sebahagiannya kepadaku.

"Ni kertas peperiksaan percubaan UPKK darjah 5. Ini kertas bahasa arab. Nanti Asri tandakan ya".

"Sebab sepatutnya Syahir tandakan tapi dia dah berhenti, jadi Asri lah tanda." Andaian aku memang tepat sekali.

"Baik kak, Insyaallah". "Tapi nak bila ni? Dateline nya bila kak?".

Ustazah Syarfiza juga merupakan antara tenaga pengajar yang bertanggungjawab menguruskan murid tahun 5 yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini.

Peperiksaan UPPK.

Walaupun ianya seakan tidak segah peperiksaan yang lain tetapi hakikatnya Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) ini adalah antara syarat untuk memasuki sekolah menengah ketika ini.

"Tanda lah dulu, dah siap nanti bagi akak", jawab Ustazah Syarfiza ringkas.

"Ha, lupa plak kak, Akak ada nampak tak Ustazah Zarina?". Tanyaku sebelum berpisah ditangga.

"Oh, akak tak nampak lah. Tapi kereta dia ada. Cuba cari dalam surau. Selalunya disitu". Jawab Ustazah Syarfiza.

Aku menangguk kefahaman sambil mengukir senyuman untuk Ustazah Syarfiza tanda terima kasih. "Ok kak, terima kasih".

Terusku memanjangkan langkah ke surau untuk bertemu dengan Ustazah Zarina.

"Ustattttt, Ustattt nak pergi manaaa?", jerit Farish dari atas. "Belajar kat surau eaa".

"Eh, takk, tunggu Ustat dalam kelas. Kejap lagi Ustat datang". Balas ku jeritannya.

Surau Sekolah

"Ha, isteri nabi meninggal ketika umur nabi berapa tahun?". Kedengaran suara lantang seorang ustazah didalam surau.

Mungkin itulah Ustazah Zarina yang ingin bertemu dengan aku.

Diluar surau, kasut anak-anak ini tersusun rapi. Kebiasaannya kasut pelajar sekolah rendah ini hanya bertahan putihnya sehingga hari kedua persekolahan. Lain-lain hari tidak ubah seperti kasut mekanik kereta.

Aku juga seperti itu dahulu. Amat sukar untuk memastikan sepatu itu putih sentiasa. Itulah kasut waktu PJK nya. Itulah kasut permainan seladangnya. Itulag juga kasut sekolah petangnya.

Cukup sepasang.

"Assalamualaikumm". Aku berikan salam sebagai tanda kehadiran aku disurau itu.

"Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuuuhhhh". Anak-anak darjah 5 menjawabnya.

"Inilah Ustaz Asri, Ustazah". Samir memperkenalkan aku kepada Ustazah Zarina.

Benarlah sangkaan aku bahawa Ustazah Zarina hanya ingin mengenaliku dek kerana semenjak hari pertama aku jejakkan kaki sebagai tenaga pengajar belum pernah aku temuinya lagi.

Pesan Ustazah Zarina juga supaya memberikan fokus yang lebih kepada matapelajaran bahasa arab supaya anak-anak darjah 5 ini mudah mehaminya dan mudah menjawab soalan kelak.

Pesanannya itu memang menjadi targetku untuk membantu anak-anak ini semenjak pertama kali menjejakkan kaki.

Sampai dikelas darjah 1 kelihatan semuanya sedang menungguku. Adanya terus bermain dan ada yang duduk diam ditempat mereka.

Kapal terbang kertas. Masihku ingat lagi bisanya permainan ini sehinggakan semua buku habis dikoyak untuk dibuat kapal terbang kertas.

Siapa yang laju dan bertahan lama di udara akan menjuarai perlumbaan kapal terbang kertas dunia kanak-kanak.

Seusai memberi salam dan membaca doa seperti biasa dan rutinnya aku perlu mencatit kehadiran semua anak-anak ini.

Hari ini ada tiga orang yang tidak hadir. Tidak tahu apa sebabnya. Dari tiga nama ini ada satu nama yang amat jarang hadir ke kelas. Rasanya tidak pernah lagi aku bersua muka dengannya. Pabila ditanya kepada yang lain siapakah dia dan mengapa dia tidak hadir.

Jawabnya "Dia dah pindahhhhhhh".

"Ustaz, saya nak bayar yuran Ustaz". Beritahu Amirah kepadaku.

"Nak bayar bulan berapa ni ?". Jawabku atas permintaan Amirah.

Pihak jabatan telah menetapkan supaya dikenakan yuran bulanan kepada anak-anak ini sebagai duit sokongan kepada aktiviti kecemerlangan dan juga untuk bayaran kertas soalan peperiksaan.

Tidak banyak hanya RM 5 seorang untuk setiap bulan.

"Mak saya kata bayar bulan 8". Kata Amirah.

"Hem, ok, nanti masa rehat jumpa Ustaz dikantin. Ustaz tak bawak resit ada dalam kereta".

"Ok?". Tanyaku kepada Amirah.

Dia mengangguk setuju.

Hari ini aku hanya mengulang pelajaran tilawah al-quran. Aku ulangi semula kepada anak-anak ini tentang nun sakinah serta idgham ma'al ghunnah. Harapannya agar mereka lebih menekuni bacaan alquran selepas ini.

Namun apa yang perlu aku fahami mereka ini bukannya tingkatan 1. Mereka hanya darjah 1. Jesteru, tidak perlu meletakkan ekspetasi yang tinggi bahawa mereka sudah boleh membaca alquran dengan lancar seperti tingkatan 1. Kerana itulah aku terpaksa mengubah cara mengajar dengan berada lebih dekat kepada mereka.

Diteliti bersama setiap huruf yang termaktub. Diteliti bersama setiap baris yang tertulis. Itulah caranya unuk mereka.

Selesai sesi bersama anak-anak darjah satu, aku terus menuju ke kelas darjah 2.

Pun sama seperti darjah satu. Hari ini tidak ramai yang hadir hanya 5 orang. 3 orang pelajar perempuan dan 2 orang pelajar lelaki.

"Ok, keluarkan buku tulis dan buat latihan yang Ustaz bagi ni ye".

"Buku apa Ustat?", tanya Budriz Shah.

"Ha, buku fikah lah". Jawabku sambil melihat gelagatnya yang sedang mencari-cari bukunya didalam beg.

"Ustattt, saya tak bawak". Kata Budriz Shah perlahan.

"Ok, yang tak bawak buku, buat dalam kertas. Siapkan sebelum rehat ye. Siapa tak faham tanya Ustaz". Jawabku kepada Budriz Shah sekali gus sebagai pengumuman kepada yang lain.

Hanya 5 soalan sahaja kali ini. Semuanya berkisar tentang air mutlak. Mudah dan perlu difahami mereka.

Kantin Sekolah Medan Selera.

"Ustat, ustat nak resit". Pinta Amirah sebaik sahaja melihatku dikantin.

Aku mengangguk.

"Jap ye, Ustat ambil resit dalam kereta".

Kali ini aku hanya memenuhkan ruang perut dengan air mineral sahaja. Tidak sempat untuk membawa bekal dari rumah mahupun dari kedai.

"Mah, resitnya. Terima kasih ya bayar".

"Sama-sama". Terus Amirah beredar dari meja makanku.

Tika mana Amirah beredar bersama rakannya tadi datang Sir Malek ketempatku. Patah tumbuh hilang berganti.

Tiada isu yang ingin dibincangkan bersama Sir Malek. Hanya beberapa soalan yang perlu dirungkai bersama supaya aku lebih matang dalam dunia pendidik ini. Umur Sir Malek sudahpun melangkau 50an. Mesti banyak buah fikiran dan pengalaman yang patut aku raih dari beliau.

Aku cuba ketengahkan persoalan tentang yuran. Kerana segelintir murid yang masih belum membayar yuran sejak dari awal tahun. Sangkaannya mungkin murid tersebut dari keluarga susah namun, itu bukanlah penghalang kepadaku untuk bertanya soalan kepada Sir Malek.

"Kita tak boleh nak wajibkan semua bayar Ustaz. Sebabnya, semua ibubapa perlu tahu tanggungjawab mereka". Kata Sir Malek.

Jujurnya, aku sedikit kehairanan dengan ketidakwajiban untuk membayar yuran itu. Pada pandanganku kerana ketidakwajiban untuk membayar yuran itu menyebabkan ibu bapa memandang enteng pada pengajian agama.

Walhal, agama itulah yang sangat perlu dititikberatkan.

"Wallahu'alam !". Berontak hati kecilku.

Tamat rehat anak-anak ini masuk semula kedalam kelas. Sebelum mereka masuk kedalam kelas Sir Malek memberi pengumuman penting kepada mereka.

Tarikh peperiksaan akhir tahun bagi darjah 1, 2, 3 dan 4 di umumkan.

"Ok, murid-murid. Peperiksaan akhir tahun kamu akan bermula pada 10 hingga 13 Oktober ini". Sir Malek dengan begitu semangat menyampaikan pengumuman.

Pesan Sir Malek di akhir pengumumannya agar semua murid bersedia dan lebih berusaha untuk mendapatkan markah cemerlang kerana mereka yang cemerlang akan diberikan penghargaan oleh pihak sekolah.

Kelas bahasa arab darjah 4. Moga kali ini dapat kekuatan untuk membantu mereka. Ramai pendidik yang memberitahuku bahawa murid-murid darjah empat ini sedikit nakal berbanding yang lain.

Aku sudah merasai kenakalan mereka itu. Namun, sewajarnya aku tidak terus mendoktrinkan minda ini dengan melabel mereka sebagai murid nakal kerana takut itu akan membantutkan kerja dakwah ini.

Mereka pelajar cemerlang !

"Hari ini kita ulang Isim Isyarah. Anis kata dengan Ustaz tadi dia tak berapa faham". Aku mulakan pelajaran bersama mereka dengan berkongsi sedikit pengalaman sepanjang aku berada dibumi Maghribi.

Intronya cerita motivasi dan outronya harapan mereka bermotivasi.

"Ok, nanti dirumah buat latihan isim isyarah ni ye. Minggu depan Ustaz nak tengok".

"Ingat siapa dapat A ada hadiah tau". Umpanku kepada mereka supaya lebih bersemangat.

Habis sudah sesi mengajar hari ini. Akhirnya aku berjaya juga dengan tidak membawa perasaan serabut ketika mengajar. Alhamdulillah !

Duit yuran aku serahkan kepada Ustazah Laili. Bendahari KAFA sekolah ini.

Kelebihan belajar ilmu Allah ini banyak sekali. Perlu dirungkai dan diperhati setiap hari. Moga hikmahya kita rasai. Supaya menjadi insan yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

Malam aku bakal penuh dengan kerja menanda !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Ayahbonda 13 Sept 2011



- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -