Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Mar 31, 2012


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ [٤٩:١٣]

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu), AlHujurat : 13.


Sesungguhnya tujuan Allah menciptakan kita pelbagai bangsa ialah untuk kita saling kenal mengenali. Kerna dengan mengenali kita akan memahami !

Bila sudah memahami kita akan saling bantu membantu mengharmonikan dunia ini.

Bukannya untuk menjahanamkan dan memporak perandakan bumi yang indah ini.

Namun, ramai yang lari dari tujuan itu !

Semuanya Angkuh ! Sombong ! dan Besar Diri !

Kaya terus kaya ! Miskin terus merana !

Negara suci Palestin terus dijajah dan diusir tanpa rela.

Bersederhana itu menjamin keharmonian dunia.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | 2209pm Teratak Nasyatilla II


- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -