Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Feb 2, 2012




Petang ini hujan sangat lebat.

Jam baru menunjukkan 2.15 petang. Namun, kelibat anak-anak ini masihku tidak nampak. Selalunya waktu ini anak-anak kecil ini pasti sedang membasahkan baju mereka dengan keringat bermain bersama mereka.

"Mana yang lain Ustazah", tanyaku pada Ustazah Laili yang sentiasa datang lebih awal dariku.

"Entahlah Ustaz, rasanya tak ramai yang datang. Hujan kan", jawab ringkas Ustazah Laili.

Hujan lebat petang ini semestinya membawa Rahmat Allah turun ke muka bumi ini. Baginda s.a.w juga turut memberi saranan agar kita semua berdoa ketika turunnya hujan kebumi. “Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun”,Hadis Riwayat Abu Daud.

"Ok, beratur semua", arahku kepada anak-anak kecil ini.

"Ustat-ustat, Nabilah tak datang. Dia pening kepala", laporan berita semasa oleh Isabella.

Aku tersenyum mendengar laporan yang disampaikan oleh Isabella. Mereka ini memang selalu mengambil berat tentang keadaan sekeliling. Aku pun seperti dia juga suatu masa dahulu.

"Ok, terima kasih Mak Cik Isabella", jawabku sambil mengusik.

"Ushtat ini, kita budak kecik lagi lah".

Hari ini perhimpunan diringkaskan. Tempias hujan yang lebat membasahi pipi muka kami. Kebetulan hari ini tiada Ustaz dan Ustazah yang ingin berceloteh jadi lebih baik disegerakan perhimpunan.

"Sikit muridku hari ini", hati kecilku berdesus. Jika aku mampu memberhentikan hujan sudah tentu aku akan berhentikan hujan supaya anak-anak ini mampu hadir ke sekolah menunutut ilmu. Namun, aku sedar aku hanya seorang hamba yang tidak mampu untuk melangkaui kuasaNya.

"Ustaz Asri, ini pihak jabatan dah hantar surat tentang tarikh peperiksaan akhir tahun, nanti Ustaz bincang dengan Ustazah Laili, Ustazah Zarina dengan Ustazah Syarfiza", kata Sir Malek.

"Uish, awalnya Sir jabatan hantar tarikh 'exam'. Saya silibus pun ada yang tak habis ni", aku sedikit terkejut.

"Tu lah pasal, tapi tak pa Ustaz, kita bincang dulu dengan Ustazah-Ustazah ni".

Aku tersenyum dan mengangguk kefahaman. "Baik Sir".

Dalam perjalanan menaiki tangga menuju ke kelas aku dan barisan muallim lain berbincang mengenai tarikh peperiksaan itu. Nampaknya macam tarikh itu perlu ditunda memandangkan silibus yang masih berbaki.

"Akak rasa macam tak boleh je nak buat 'exam' masa tu", ujar Ustazah Syafirza yang membahasakan dirinya kepadaku sebagai kakak.

"Saya rasa macam tu jugak kak".

"Nanti akak tengok smeula kalendar mana tarikh yang sesuai. Nanti kita bincang semula", pesan Ustazah Syarfiza.

Didalam kelas darjah 1.

Seperti biasa di awal permulaan kelas doa pasti di alunkan oleh murid-murid memohon keberkatan. Hari ini aku ingin ajar mereka membaca Surah Al-Fatihah. Induk Al-Quran. Surah Alfatihah ini merupakan rukun dalam solat. Jika salah membacanya maka tidak sah solat.

Demikian, pendidikan agama amat penting sebagai pendidikan awal anak-anak ini. Sabdaan Baginda s.a.w selalu menjadi 'muzakkir' kepadaku. "Didiklah anak kamu bersolat bila mereka berumur tujuh tahun dan rotanlah mereka jika tidak bersolat bila sudah berumur 10 tahun." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dll, sanadnya Hasan seperti dalam Misykatul Mosabih).

"Ok, Ustaz baca kamu semua ikut ya", pintaku kepada anak-anak ini.

"Alahhh, asyik Ustat je baca, biarlah saya baca dulu", protes Nureen Faqihah.

"Ok, kamu baca dulu, nanti lepas ni Ustaz baca semua ikut".

Sengaja ku benarkan Nureen Faqihah membaca dahulu kerana dia memang cermat dalam membaca alquran. Kakaknya yang berada di darjah 5 juga sepertinya. Cermat dan 'smart'.

"Ushtat, kalau saya baca dapat hadiah tak?", tanya Aiman Hakim yang merupakan seorang pelajar yang pro-aktif didalam kelas.

"Ouh, no more hadiah !", jawabku tegas.

"Hadiah dah habis, kan hari Khamis hari tu Ustaz dah bagi, jadi cukuplah", tambahku lagi.

"Alahh, kalau macam tu tak nak bacalah", rajuk Aiman Hakim.

Aku tersenyum dan menggelengkan kepala.

"Tak pe lah, kalau kamu tak nak baca kamu sangat rugi", jawabku secara provokasi.

Aku terangkan kepada mereka tentang kelebihan dan kepentingan membaca AlQuran supaya ianya menjadi galakkan kepada diri mereka di usia muda ini. Tika mana aku seusia mereka aku sering kali lari dari mengaji. Bukannya tiada galakkan namun tidak cukup pemahaman dan ilmu kepentingan mengaji alquran membuatkan aku cukup bosan.

Oleh kerana itu, pengalaman itu mengajar aku supaya anak-anak ini faham dan memberi galakkan kepada anak-anak ini supaya menjadi suka akan AlQuran.

"Kamu tahu tak, siapa yang baca AlQuran dapat sangat banyak pahala", ujarku kepada mereka.

Lantas itu aku membacakan kepada mereka sebuah hadith. Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda "barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf".

"Ustattttt, pahala tu apaa?", tanya Amira Sofeya kebingungan.

"Pahala itu tiket untuk masuk syurgaaa", jawabku mengikut rentaknya.

Kelas petang itu di akhiri dengan bacaan Surah AlFatihah secara beramai-ramai disamping berharap mereka melaziminya dibibir-bibir mereka.

"Erm, hari ni darjah 2 tak perlu kuiz lah", bisik kecil hatiku sebelum melangkah keluar dari kelas darjah 1.

Kelas darjah 2 gamat !

"Eh-eh, apa bising-bising ni. Duduk tempat masing-masing!", arahku dengan sedikit nada tegas.

"Ustat, tengok Budriz ni ustat dia asyik kacau saya je. Tensyen saya Ustatt", adu Irda kepadaku.

Memang kebiasaannya Irda ini dikacau oleh kawan-kawannya yang lain. Hatta, kawan-kawannya dari kaum hawa juga turut sama mengusiknya.

"Ok, hari tu Ustaz suruh hafalkan bacaan tahiyat awal dangan doa iftitah kan?"

"Aah, adaa", jawab mereka serentak. Namun, ada juga yang kepelikan.

"Eh ada ke?", tanya Syazwan yang sangat meminati siri animasi boboiboy.

Ada yang ambil cakna dan ada juga yang tidak hebat lalainya. Mereka yang ambil cakna pastinya berjaya dan begitulah sebaliknya.

"Ok yang tak hafal, Ustaz nak kamu tulis dalam buku Fiqah. Sebelum rehat mesti siap", sekali lagi aku memberi arahan kepada golongan lalai ini sebagai pengejut mereka dari terus lalai.

Sesi tasmik doa iftitah dan bacaan tahiyat awal terus berlangsung hingga tamat waktu disamping anak-anak yang didenda bertungkus lumus untuk menyiapkan denda yang aku berikan pada mereka.

Jika tidak siap sebelum waktu rehat maknanya mereka tidak boleh turun rehat awal dan masa untuk berpeluh berkurangan. Itu yang lebih mereka risaukan. "Siapa dah siap boleh keluar rehat dan yang belum, kirim salam good bye", aku mencetuskan suasana provokasi.

Aku tersenyum sendirian.

Hari ini waktu rehat aku penuhkan dengan mengambil kesempatan untuk menjamu selera diluar. Kebetulan perut memang kosong sejak tengahari lagi. Hidup bujang selalu begitu.

"Bang, mintak kuey tiow goreng satu, terima kasih", pintaku kepada abang kedai.

"Ustaz mengajar dimana?", tanya abang kedai tersebut.

"Saya mengajar di Sekolah Doktor Sulaiman tu ha bang".

Walaupun usia abang tersebut jauh lebih tua dari aku namun aku lebih memilih untuk memanggilnya abang. Mungkin dengan bahasa perantaraan itu mengurangkan 'gap' aku dengan masyarakat setempat yang juga mad'u dakwah ku.

"Oh, saya ada anak disitu, mungkin Ustaz ajar kot anak saya", kata abang itu lagi.

"Ye? siapa namanya, mungkin saya kenal dan saya ajar dia", jawabku.

Sikap peramah abang tersebut merancakkan lagi perbualan aku dan dia. Dari kebosanan makan keseorngan akhirnya percaturan Allah menentukan aku bertemu dengan abang tersebut. Pabila ada teman sembang suasana bosan bertukar menjadi rancak bersembang.

"Ustaz, kalau anak saya ada buat salah, Ustaz rotan lah, bagi tunjuk ajar yang sebaiknya Ustaz. Saya tak mampu nak beri lebih-lebih tentang agama", pinta abang tersebut.

"Eh bang, saya ni baru je lagi jadi guru bang. Itu pun sekejap sahaja sementara saya cuti belajar ni. Tak layak rasanya saya nak merotan-rotan ni".

"Tapi insyaallah bang, saya cuba bagi yang terbaik untuk anak-anak ni bang, doakan saya ya", tambahku sebelum beredar meninggalkan warung.

Kelas KAFA Sekolah Kebangsaan Doktor Sulaiman.

"Ok, hari ini Ustaz nak ajar tulis biodata dalam tulisan jawi".

Amanahku sebelum tamat sesi persekolahan untuk hari ini adalah mengajar subjek tulisan jawi. Supaya anak-anak ini mudah mengaji AlQuran matapelajaran jawi ini amat dititik beratkan oleh Sir Malek.

Keserupaan yang begitu hampir antara tulisan jawi dan tulisan arab menjadi satu 'advantage' untuk anak-anak kecil lebih mendekati AlQuran.

Pabila AlQuran berada didalam hati mereka secara tidak langsung ianya mencorakkan akhlak mereka pada jangka masa yang akan datang. Aku terfikir cukuplah rasanya generasi muda sezaman denganku kini rosak dan punah dengan tergoda dengan syaitan penyesat manusia.

"Ustaz, ni huruf apa?", tanya Aleeya Maisarah.

"Ini huruf ra ".

"Lah, Ustaz ni tulis lah elok-elok ra kan ada ekor di awalnya", sampuk Sofeya.

Nah! setepek kena dibatang hidung. Aku lupa yang mereka bukannya pelajar sekolah menengah mahupun universiti. Mereka hanya tahun 1 ! Satu pengajaran yang bernilai untukku hari ini supaya menulis jawi dengan tulisan jawi formal.

"Ok, ini Ustaz dah buat yang betulnya, puas hati?", sengaja ku usik Sofeya.

"Buekkkkkkk", kata Sofeya sambil menjulur lidahnya kepadaku.

Hari ini berlalu dengan begitu pantas. Begitu cepat. Tidak rasa penat mahupun letih hari ini. Mungkin kerana minda yang telah disetkan untuk menjadi seorang muallim yang sukses.

Anak-anak ini tidak ku bekalkan kerja rumah. Cukuplah latihan menulis biodata ini yang telah mereka selesai sebelum tamat sesi pengajian.

"Nanti kirim salam kat ayah dan ibu ye", pintaku kepada mereka.

"Saya panggil mak tak panggil ibu..malu je Ustat", Sofeya dan Isabella mengusik aku sebelum keluar dari kelas.

"Nak kena kamu ni", sergah aku pada mereka.

"Lariiiiiiii", suara mereka makin hilang dari telinga.

Aku muallim sukses ! Hari mendidik diri menjadi tegas !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Sek. Keb. Dr. Sulaiman 12 Sep 2011

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -