Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Feb 3, 2012

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu", Surah AnNisa': 1




"Aku ada masalah ni, dah lama sebenarnya aku sorokkan dari kau".

"Hoho, lama dah aku perasan sebenarnya yang aku sorokkan sesuatu dari aku", jawab saya kepada seorang teman yang mengalami kemurungan akibat beberapa masalah melanda diri.

"Aku sedia untuk mendengar masalah kau. Macam biasalah, kita bincang untuk dapatkan solusi yang terbaik", tambah saya lagi.

Untuk meluahkan sesuatu masalah semestinya bukan mudah. Kadangkala ianya mengambil masa yang lama. Namun, jangan dipendam masalah yang datang kerana ianya memberikan kesan yang amat dalam dan bahaya.

Ketika di ESQ Training saya dipaparkan masalah bunuh diri di USA. Jambatan Golden Gate merupakan tempat paling popular untuk masyarakat USA yang mengalami krisis dan masalah 'melepaskan' diri dari kemelut itu.

Dilaporkan beribu-beribu masyarakat USA memilihnya untuk tempat persinggahan terakhir. Semuanya berlaku kerana telah berputus asa dengan kehidupan. There is no exit way ! Oleh kerana itu, agama yang suci Islam mendidik umatnya supaya tidak pernah berputus asa dengan kehidupan atau lebih tepat lagi berputus asa dengan rahmat tuhan.

Sepakat para ulama' mengatakan bahawa hukum berputus Asa dengan rahmat Allah adalah Haram. Oleh kerana itu, masalah dan krisis yang melanda kehidupan ini perlu kita selesaikan dengan cara yang paling bijak dan berhikmah !

"Aku dah ada calon untuk dijadikan seorang isteri", nampak dia masih lagi keberatan untuk bercerita.

Saya dah boleh mengagak masalah yang dihadapinya tapi sengaja berlakon seperti tidak tahu. "Wah, ok lah tu, boleh lah den makan nasi minyak awal sikit", usik saya.

"Tapi bukan itu yang ingin aku bincang dengan kau, sebenarnya dia dah ada yang lain pada masa dia mengikat tali pertunangan dengan aku", cakap kawan saya itu dengan wajah redha.

"What!, pergh !", jujurnya saya amat terkejut kerana selama saya kenali beliau merupakan seorang yang amat baik akhlaknya dan jika dalam perhubungan beliau seorang yang setia.

"Aku dah buat macam-macam, tapi dia boleh kata kat aku suruh lupakan dia. Dia tak nak rasa bersalah", mula menitik airmatanya.

"Erm, aku tak tahu lah nak buat macam untuk kes kau ni, tapi untuk yang awal ini aku hanya boleh suruh kau supaya sabar dan tabah", pujuk saya dengan hati yang juga tersentuh.

Dia telah mengikat tali pertunangan hampir setahun dengan calon bakal isterinya. Namun, tidak tahu dimanakan silapnya sehinggakan tunanganya itu berlaku sedemikian rupa. Jika dahulu asyik kedengaran lelaki curang terhadap pasangan tapi kali ini saya dengar sendiri dengan telinga perempuan curang. Semuanya sudah terbalik !

Kongsi pengalaman tentang cinta.

"Aku nak cerita pasal cinta dan perasaan ni pun aku bukannya ahli(pakar) dalam bab tu, tapi apa yang aku baca dan aku jumpa sebenarnya kita ni selalu berharap pada cinta manusia", sebagai muhabasah diri sendiri.

"Aku nak lupakan dia, serius aku dah fobia dengan perempuan", cakapnya lagi.

"Huish, tok sah nak fobia-fobia kang tak nikah boto-boto kang", usikkan saya mengukir senyuman dia.

Hakikatnya hati siapa tidak terluka apabila insan yang dicintainya dan hanya tinggal setapak langkah lagi untuk ke alam rumah tangga membuat pusingan U dalam perhubungan. Jujurnya, jika saya berada ditempat dia, pastinya saya juga seperti mereka. "Kalau aku kat tempat kau, pasti aku jadi macam kau".

"Sabar lah ye, insyaallah ada hikmah tu, mana tahu nanti kot melekat pula Irma Hasmie kat kau", pujukan mengusik.

"Hahaha, sungguh busuk hajatmu itu", dia mula respon.

Saya memberikan sebanyak sedikit nasihat membina kepadanya. Antaranya dengan menulis keutamaan dalam hidupnya dan cita-citanya di atas sehelai kertas supaya dia lebih jelas dengan tujuan kehidupannya. 'Vision board' akan lebih membantu dia dalam meraih cinta Ilahi.

"Kalau lah aku jumpa tunang kau tu kan ada satu je aku nak cakap kat dia", sebelum mengakhiri perbincangan kerana waktu isyak menghampiri.

"Apa dia?", tanya dia kembali.

Saya tersenyum. "Ada Kau Tanya Hati Dia?!".

Jangan disentuh kelopak bunga jika belum bersedia menyuntingnya. Jangan disapa hati Imam jika belum bersedia menjadi makmumnya. Jadilah bunga mawar yang merah menyala namun berduri menlindungi harga diri. Jadilah Imam yang memahami situasi keadaan sekeliling agar tidak tertinggal dimakan usia dunia.

“Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah al-Zumar, ayat 53-54)

Golden Gate Suicide !



Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 1245pm

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -