Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jan 17, 2012



"Aku nak ini".

"Erm, tak apalah kalau macam tu, aku ambil yang ini", balas saya kemalasan.

"Eh, yang itu pun aku nak jugak".

Seorang rakan datang dari belakang cuba menyelesaikan isu ini. "Kenapa kau tamak sangat?, bagilah orang lain rasa jugak".

Sifat tamak memang dah tertanam.

"Peduli apa aku, First come First serve lah!".

Saya senyum mengalah dan terasa amat malas untuk berebut.

"Tak apalah, kau amiklah aku tunggu hidangan yang baru sampai", jawab saya untuk keluar dari sebarang kontroversi murahan.

"Asri, kongsi dengan saya dulu lah, lama lagi nak tunggu lauk-lauk tu siap masak", pelawa Khusairi.

Si Miskin dan Itik.

"Ingat kisah Si Miskin dan Itik?", tanya saya.

"Ingat jugaklah, tapi itu bukankah versi suami isteri dan itik?", saya disoal kembali.

"Ceritanya sama cuma cara periwayatannya berbeza', jawab sambil tergelak kecil.

Disebuah kampung pedalaman, hidup seorang miskin dengan keluarga. Hanya berbekalkan sedikit tanaman dibelakang rumah dan seekor itik betina. Dijadikan cerita si tua itu di uji dengan satu ujian yang hebat. Itiknya bertelur emas !

Kehidupan mereka berubah dengan sekelip mata. Hari demi hari telur emas dihasilkan oleh itik tersebut.

"Itik ini perlu dicepatkan proses bertelurnya supaya kita lebih cepat kaya", antara dialog yang sampai ditelinga saya satu ketika dahulu.

Tamak dan gelojoh menyebabkan akhrinya mereka Ruugi!

Itik dibelah dan langsung tiada telur dalam perut itik.

Tamak itu punca rugi.

"Tengok Asri, langsung tak habis makanan yang dia amik tadi. Rugi dan membazir wey!".

"Sabar syeikh, ambil sebagai pengajaran", saya cuba tenangkan keadaan.

“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat”, Riwayat Imam Ahmad.

Bersederhanalah dalam setiap perkara. Mungkin hari ini hari kita, esok belum tentu lagi.

Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.

Bersederhana itu Indah !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 1727pm

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -