Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jan 11, 2012




Ketika di Maahad STAM Negeri Sembilan, masa petang banyak terluang dengan duduk bersama rakan-rakan.

Ada yang terus berratib.

Ada yang membasuh musolla. Ada juga yang duduk di Mat'am.

Kebetulan, petang itu saya dan beberapa rakan lain duduk di tangga musolla sambil menikmati pemandangan stadium bola Maahad STAM. Ustaz Taufik datang duduk bersama.

"Macam mana dengan persediaan?", tanya Ustaz.

Saya diam membisu.

"Zakwan, macam mana?", tanya Ustaz lagi.

"Alhamdulillah Ustaz, saya ok je", gaya jawab Zakwan mengukir senyuman dimuka.

Ustaz Taufik antara tenaga pengajar yang rapat dan dekat dengan pelajar. Oleh sebab itu, banyak urusan pelajar dirujuk kepadanya. Ustaz pun alumni Maahad Ahmadi. Masam manis kehidupan pelajar asrama semua dah dihadam beliau.

SKIL BERDAKWAH.

Satu ketika dahulu Ustaz Taufik memberikan nasihat berguna kepada saya.

"Asri, cuba kamu tengok abang tu bagi tazkirah, apa kekurangan dia?".

"Kekurangan ye Ustaz? Jap ea".

"Mungkin dia pegang microfon terlalu dengan mulut kot Ustaz, jadi suara dia kuat sangat".

"Apalah ke situ plak kamu fikir", jawab Ustaz sambil tergelak.


Setiap minggu terutamanya malam ahad, kebiasaannya junior-junior akan membuat halaqah bacaan surah Al-Mulk. Dan ketika itulah, jika ada pesanan, teguran mahupun pengumuman akan dibuat oleh para senior. Tahun 2006 tahun kebangkitan.

"Silapnya abang tu, bila dia bagi tazkirah dia guna perkataaan 'entum'. Itu silap. Sepatutnya gunalah perkataan 'kita'. Kita bertazkirah bukannya seperti kita maksum", Ustaz Taufik berikan nasihat pada saya.

Nasihat itu amat berguna. Skil dakwah yang perlu kita perhalusi untuk berhadapan setiap lapisan masyarakat. Ketika itu saya masih HIJAU ! "Betul jugak tu Ustaz. Terima kasih", jawab saya.

KEMBALI KE TANGGA MAAHAD STAM.

"Cuba tengok orang yang angkat sampah tu, agak-agaknya diorang bau tak bau busuk?", tanya Ustaz.

"Busuk kot Ustaz", saya memberi respon.

"Kalau kamu dekat dengan sampah tu, kamu rasa apa?", tanya Ustaz lagi.

"Rasa nak lari laju-laju, kalau tak muntah lah Ustaz. Busuk", jawapan saya.

Saya cuba mengagak apakah sebenarnya yang Ustaz ingin sampaikan kepada saya. Orang berilmu apabila bercakap walaupun sepatah namun isi kandungannya lebih dari 5 patah. "Kenapa Ustaz?".

"Itulah perumpamaan bagi orang yang selalu buat dosa", jawab Ustaz.

Saya senyum dan terus berminat mendengar ulasan Ustaz.

Zakwan berhenti dari membasuh tempat Wudhuk.

"Orang yang kerja angkat sampah ni, mereka tak rasa busuknya sampah tu seperti mana kita rasa busuk".

"Sebab mereka dah selalu angkat, buang, dan hidup disekeliling sampah, jadi mereka dah lali".

"Macam itu jugaklah orang yang selalu buat dosa, mereka takkan rasa dosa bila buat dosa".

"Kenapa macam tu Ustaz?", saya terus tanya untuk mendapatkan penjelasan.

Teruskan mendengar.

"Bila dah selalu buat dosa, kita akan rasa diri kita ni macam tak buat dosa. Macam tu jugaklah orang yang selalu angkat sampah, mereka tak rasa busuk sebab dah selalu rasa busuk tu", kata Ustaz Taufik.

"OoOo", semua mengangguk kefahaman. Perumpamaan yang begitu kompleks dan rasional.

"Kan ada hadith yang sebut tentang perkara ini. Sesiapa yang gembira melalukan amal dan merasakan gelisah melakukan kejahatan, maka itulah orang yang beriman", Ustaz menambah lagi.



Pernah ustaz tekankan didalam kuliahnya di Maahad STAM bahawa antara ciri orang beriman itu apabila mereka mendengar nama Allah hati mereka berasa gentar dan takut. Namun, sayangnya kita hari ini dengar azan pun buat endah tidak endah.

Saya teringat, ketika berada ditingkatan 5, Ustaz Fuad Othman pernah menerangkan ayat ke-2 dari Surah Al-Anfal. Ayat berkaitan dengan ciri-ciri orang beriman.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah", Surah Al-Anfal ayat 2.

Di akhir perbincangan Ustaz pesan supaya terus menuntut ilmu agar terus menjadi Hamba. "Imam Ghazali pesan, Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang mendekatkan diri pada pencipta", pesan Ustaz untuk penutup.

Sembang yang bermanfaat. Ilmu dan juga perkongsian pengalaman.

Semua pernah melakukan dosa dan kesalahan. Namun, yang terbaik dalam kalangan kita adalah mereka yang bertaubat dan belajar dari kesalahan dan dosa.

Sambil mengira-mgira dosa, aku hamba berdosa !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 1730

6 Responses so far.

  1. 1)terpukul dengan itu.."kita hamba berdosa"..
    2)masih tak dapat menghadam,kenapa dengan perkataan "entum" tu?apa maksud ustaz "kita bertazkirah bukan seperti kita maksum"

  2. flypaper says:

    Sang Pemimpin : kita beri tazkirah atau nasihat bukan kepada orang saje kite beri kepada diri sendiri sekali. sikit je ulasnye lebih ustaz asri la ulas .

  3. Sang Pemimpi :
    1) Saya juga terpukul.

    2) Ketika saya di bangku sekolah, ramai yang beri tazkirah. Namun, tak kena cara. Contohnya, pernah tak dengar ayat macam. "Kita perlu tingkatkan keimanan. Tapi KAMU SEMUA ini macam bla..bla..bla.."

    maknanya pentazkirah tu beri tazkirah seakan-akan audience dia sahaja yang buat salah. Sebab itu kena tukar dari KAMU semua kepada KITA semua. :)

    kita bukan maksum.

  4. Fly paper : Syukran ! :)

  5. feat3 says:

    ustaz taufiq, insan yang pendiam jika kita tidak mengenalinya...akan tetapi apabila kita sudah berSEMBANG dengannya, banyak ilmu yang bermanfaat akan mencurah-curah yang akan keluar dari mulutnya...rindu saat itu...

  6. Feat3 : Betul tu , rindu saat itu :)

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -