Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jan 5, 2012

"Aku tak minat sindir menyindir ni".

"Lol, apa kau ingat aku menyukainya?", jawab saya kepada seorang teman.

Saya tanya kembali kepada teman ini kenapa tidak menyukai sindir menyindir. Walaupun ada ketikanya ianya mendatangkan kebaikkan. "Kenapa tak suka?, meh bagitahu aku".

"Sebab terlalu hipokrit! Tidak jujur ! Kan terus terang itu lebih baik?".

Saya mengangguk setuju. "Erm, betul".




"Cuba kau dengar lagu ini". Kebetulan saya bawa sekali blackberry dan terus akses laman youtube.

Saya tercengang.

"Ada apa lagu dengan lagu ni?", tanya saya.

"Lagu ini kalau hayati betul-betul memang kena batang hidung kita".

"Lagu ini cerita pasal orang yang hipokrit, suka berlakon. Tak elok jadi macam ini", tambah dia lagi.

Saya senyum sambil mendengar.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya", Surah Assaff 2-3






Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Chorus
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Ulang Chorus

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertakhta
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 1514pm

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -