Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jan 27, 2012

"Kenapa monyok je Akhi?".

"Tak ada apa Akhi Asri, saya kurang sihat", jawab Akhi tersebut.

"Kalau ada apa-apa bagitahu saya, Insyaallah telinga ini sedia mendengar".

"Baik, terima kasih", balasnya wajah monyok.

Saya mengukir senyuman.





Saya tahu dia sedang mempunyai masalah dan dalam kegelisahan. Namun, waktu dan ketika tidak mengizinkan dia untuk meluahkan masalahnya. Takut didesak menjadi sesak.

Sabda Rasulullah mengingatkan saya supaya jangan jadi 'penambah' derita. "Yassiru wala Tu'assiru, Bashshiru wala Tunaffiru", Hadith Riwayat Imam Ahmad.

Jadi pemudah bicara itu lebih baik dari penambah derita. Sayangnya, tidak ramai yang sedar ketika itu dan keitka ini.

Dorm Asrama menyimpan 1001 Suara.

"Dia tu, kalau ada masalah bagitahu lah, ini simpan je", kedengaran suara ini tika mana kaki saya langkah masuk ke dorm.

"Aah, jangan lah berlagak sombong. Kita nak tolong bukan nak belasah dia pun", tambah lagi seorang kawan.

Saya menggeleng dan berdehem.

"Mungkin dia ada sebab tertentu kenapa dia tak nak bagitahu", sampuk saya.

Kita selalunya terlalu cepat menghukum sesuatu perkara yang tidak berkaitan dengan kita. Tetapi untuk menghukum diri sendiri selalunya amat sukar dan lambat. Itu sifat dan sikap manusia yang lemah lagi hina.

"Dah sampai masanya nanti, dia akan bagitahu kita. Insyaallah".

"Kadang-kadang diam itu lebih baik kan?", soal saya sebelum melangkah keluar ke tandas.

Di musolla al-munawwarah.

Halaqah ilmu ketika memang memenuhi tiang-tiang musolla. Pilih saja tiang mana, pasti penyampainya juga berilmu.

Halaqah usrah pilihan saya.

"Saya bukan tak nak kongsikan masalah saya Akhi, tapi maslah ini terlalu sulit untuk dikongsikan".

"Alah, kita kan Usrah, kongsi je lah, mana tahu kita dapat selesaikan bersama", pinta seoarang ahli usrah yang kelihatan agak berang namun bertanggungjawab.

"Alah masalah kecik je kau je yang buatkannya sulit !", tempelak seorang ikhwan.

"Tak pa-tak pa, ok je kalau sulit. Usrah kita ini ada tempat penguat ukhwah antara sesama pelajar. Jika rasa tidak perlu kongsikan masalah yang sulit itu hak enta", jawab saya.

Semua keresahan.

Rasa ingin bantu itu sememangnya dipuji. Tetapi perlu dikawal cara penggunaanya tempat dan masa yang sesuai.

Usrah petang itu agak hambar walaupun perbincangan agak rancak.

Masalah selesai.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)". 2:214

"Keluarga saya ada masalah Akhi, macam-macam masalah. Ibu bapa saya, adik- beradik saya. Sebab itulah saya sangat sulit untuk menceritakannya kepada umum".

"Habis saya ini bukan umum?", tanya saya sedikit lega kerana dia mula membuka mulut untuk bercerita.

"Saya terpaksa bercerita kerana saya perlukan pendapat Akhi".

"Saya akan tolong mana yang mampu".

Sudah saya agak masalah dia. Namun, tidak mampu untuk memastikan ketepatannya.

Masalah ini bukan masalah kecil. Masalah melibatkan maruah keluarga.

Saya bantu mana yang mampu.

Bukan semua orang yang kita sangka bahagia itu sangat bahagia. Bukan semua sikaya itu mampu memiliki dunia. Bukan semua yang hebat itu mampu merobohkan tembok dusta.

Kerana itu, pandanglah kehidupan ini dari sudut apa yang kita ada, bukan dari sudut apa yang kita tiada dan tidak mampu untuk mengadakannya.

"Ada kau tanya hati dia?", bisik saya pada ikhwan yang menemplak dia.




Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” albukhori.

Permudahkan lah ! Bersederhana itu lebih indah.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | 1205pm

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -