Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Dec 31, 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah lama rasanya tidak berkongsi resepi. Insyallah, hari ini saya akan kongsikan satu resepi. Spagheti Bolonaise Nasyatilla. Sedap dan berlemak !

Seperti biasa untuk memasak mesti ada bahan-bahan. Kalau tidak ada bagaimana hendak memasak.





Bahan-bahan untuk Spagheti Bolonaise Nasyatilla :

1. 1 Bungkus Spagheti / Setengah kilo Makaroni. (Jenis dan jenama apa-apa pun tidak mengapa)

2. 20 DH Kiftah / 1 Bungkus Daging Hancur Ramli.

3. 30 gram Mentega.

4. 4 batang lobak merah.

5. 1 Kiub daging knor.

6. 200-300 ml Susu.

7. 1 tin sederhana puri tomato.

8. 5 sudu besar minyak zaitun.

9. 1 labu bawang besar .

10. 4 ulas bawang putih.


Bahan-bahan hiasan :

1. Sayur celery.

2. Daun sup.

3. Keju mozarella.


Ok, selepas anda semua menyediakan bahan-bahan masakan ini boleh lah mula sedia untuk memasak. Kalau takut lambat siap, rebus terlebih dahulu Spagheti/ Makaroni 1-2 jam lebih awal.

Cara-cara masak kuah Spagheti Bolonaise.


1. Masukkan 5 sudu minyak zaitun kedalam periuk panas(sebaik-baiknya guna periuk).

2. Masukkan sekali mentega kedalam periuk bersama minyak zaitu.

3. Biarkan merek didalam periuk itu selama 4-5 minit. Pastikan mentega menjadi putih-putih dan berbuih.

4. Kemudian, masukkan pula bawang besar tadi dengan bawang putih yang dah dipenyekkan terlebih dahulu. Supaya bawang putih itu memainkan peranan penting dalam masakan. (Gaya poyo macam star memasak). Tumis kedua-dua bawang tersebut sehingga layu warnanya. Katakan tidak kepada garing dan hangus !

5. Pabila bawang dah mula layu, masukkan pula daging hancur yang anda beli tadi. Masakkan dia sehingga warna menjadi keperangan.

6. Kemudiannya, masukkan sayur-sayur anda. Lobak, dan apa-apa jelah. Macam saya, saya letak kobis bunga, kobis daun, cili bangla dan tomato.

7. Selepas itu, apabila sayur-sayur mula layu dek kepanasan api dapur gas, masukkan Susu anda. Untuk kali ini kuatkan api sekuat hati untuk memastikan susu itu cepat menyerap kedalam daging-daging dan cepat susu cepat masak.

8. Kemudian, agak-agak susu dah menyerap kedalam daging-daging dan menjadi pekat. Masukkan pula semua puri tomato tin sederhana tadi. Pastikan tiada satu pun yang tertinggal.

9. Kacau sehingga semua warna dalam periuk itu menjadi merah.

10. Masukkan air dengan kuantiti 2 kali tin puri tomato. Kacau sehingga larut.

11. Ok, masa ini baru boleh letak tomato. Bila masukkan tomato penyekkan biji-bijinya.

12. Untuk menambah pedas dan rasa 'hot' dalam masakan kita ini. Kita boleh letak 2 sudu serbuk cili dan cili padi yang dipotong kecil.

13. Renehkan dan masak sehingga kuah tersebut menjadi pekat dan likat. Sekurang-kurangnya 1- 1 setengah jam. Kawan saya kata, orang Italy masak 4 jam. Tapi kalau nak ikut cara mereka pastikan ada kuih-muih dulu lah. Lama sangat !


Selesai sudah ! Selamat mencuba dan menjamu selera. Saya rasa kos untuk semua ini tidaklah mahal. Semalam saya hanya membelanjakan DH 70 bersamaan RM 25. Jimat bukan? Boleh makan untuk 7 orang. Wallahu'lam.





Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 2231pm



- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -