Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Dec 19, 2011

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.


"Assalamualaikum, Ustat, sibuk ke?".

"Waalaikumsalam, tak lah sibuk sangat Pak Cik, kenapanya?".

"Ada perkara yang nak dibincangkan bersama".

"Silakan, Pak Cik".

Terus saya memberhentikan bacaan Al-Quran. Kebetulan, malam itu tiada kuliah maghrib dan kesempatan itu saya gunakan untuk 'murojaah' hafalan.





"Apa perkara yang nak dibincangkan tu Pak Cik', soal saya sambil men'silent'kan telefon bimbit.

"Apa pandangan ustaz tentang berpoligami?", soalan Pak Cik agak mencemaskan saya.

"Huh, soalan cepu mas campur perak ni Pak Cik", balas saya bersahaja.

Pak Cik yang datang menemui saya ini, merupakan orang yang dikenali masyarakat. Sifatnya yang merendah diri menyebabkan beliau disegani oleh masyarakat sekeliling.

"Saya ini, bukanlah sesiapa kalau nak berikan pandangan. Namun, apa yang saya pelajari dan ketahui secara umum Poligami ini bagus Pak Cik. Ibadah yang diharuskan tapi bersyarat".

Saya mengukir senyuman selepas memberikan jawapan.

"Apa pandangan Ustaz, jika saya berpoligami?"

"Allah, susah soalan ni Pak Cik, saya kahwin 1 pun belum lagi apatah lagi nak berpoligami ni", jawab saya sambil tergelak kecil.

Pak Cik tersebut juga turut tergelak.

Namun, saya pasti Pak Cik memang mendambakan sebuah pandangan.

"Bagi saya, boleh je kalau Pak Cik nak berpoligami, tapi make sure syarat-syaratnya dipenuhilah Pak Cik", jawab penuh keyakinan.

Isu poligami ini amat sensitif jika tidak kena gaya penyampaiannya. Saya masih ingat, tikamana selepas memberi tazkirah dibulan ramadhan yang lalu banyak respon yang diberikan oleh penduduk masyarakat. Positif dan sedikit negatif.

"Apa syaratnya Ustaz?".

"Islam ini amat Indah Pak Cik, setiap perkara mesti ade 'guideline' dia".

"Betul, Pak Cik sokong".

"Antara syarat yang Islam gariskan Pak Cik ada 2. Pertamanya, Pak Cik mesti mampu untuk memberi nafkah kepada semua ahli rumah Pak Cik".

"Maksudnya Pak Cik, kewangan kene mantap dan nafkah batin juga masih 'power'",jawab saya.

Kewajipan untuk memberi pencerahan ini sebenarnya amat berat tugasnya. Tambahan jika kita digelar seorang Ustaz. Teringat sebuah nasihat yang selalu disampaikan oleh rakan saya di Maghribi. Pesannya, supaya kita lebih berhati-hati apabila memberikan jawapan kepada masyarakat. Takut tersalah jawapan dek kecuaian kita rosak punah masyarakat.

"Syarat keduanya Pak Cik, Pak Cik mesti berlaku adil terhadap kedua-dua isteri Pak Cik. Banyak aspek keadilan yang Pak Cik kena ambil cakna. Adil dalam memberi giliran, Adil dalam menyediakan keperluan terutamanya kediaman dan Adil dalam membuat undian bila Pak Cik nak berteman ketika bermusafir".

"Dan bila syarat-syarat ini Pak Cik yakin Pak Cik boleh tunaikan dengan sempurna, InsyaAllah, adalah ganjarannya untuk Pak Cik".

"Maksud Ustaz?".

"Yelah, Pak Cik tahu tak akhir zaman ini perempuan lebih banyak dari lelaki. Jadi bila Pak Cik berpoligami sekurang-kurangnya Pak Cik sudah menutup 1 pintu zina untuk perempuan yang Pak Cik nak nikah tu".

"Ouh, macam tu".

Pak Cik senyum lebar. Niat yang baik jika dilaksanakan dengan langkah dan jalan yang betul pasti natijahnya akan lebih baik.

Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki” (Al-Hadith)

"Tapi Pak Cik jangan lupa, isteri pertama mesti diminta persetujuannya dahulu. Pak Cik tahu kan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia?", terang saya sambil mengajukan soalan kepada beliau.

Tidaklah mudah untuk memberi MAKNA dalam kehidupan kita. Tidaklah mudah mengungkap kata-kata CINTA jika sekadar berlegar di EMOSI, tanpa ada RASA di HATI. Justeru, carilah HIKMAH disebalik apa-apa sahaja peristiwa dan pengalaman yang kita lalui selama hidup ini, kerana HIDUP adalah PILIHAN! Wallahu'alam

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 2339pm

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -