Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Dec 3, 2011

"Hari ini hari terakhir aku mengajar dalam minggu ini", bisik kecil hati.

Setelah semua kerja rumah selesai aku kerjakan dan urusan dengan Maha Pencinta aku tunaikan tiba masanya aku keluar terus ke sekolah. Hari ini dirumah hanya tinggal aku seorang. Kebetulan ayah mempunyai urusan dan ummi seperti biasa bekerja 'shift' pagi.




Satu perkara yang aku amat kagum terhadap ummi, walaupun usia menjangkau 60an namun semangatnya mencurahkan ilmu kepada jururawat-jururawat yang baru menapak mahu mengenal dunia kejururawatan sangat luar biasa. Semangat ummi itu aku perlukan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Walaupun hanya seorang GURU KAFA.

Jam menunjukkan 2.15 petang. Terus ku luncurkan kereta kejalan raya. Jarak sekolah dari rumah tidaklah jauh. Hanya memakan masa 5-1o minit perjalanan.

"Allah, lupa pulak hadiah budak-budak ni", teringat ku sendirian tikamana berada dipersimpangan lampu isyarat.

"Nak tak nak, kena patah baliklah ni"

Demi menghargai usaha-usaha anak-anak ini, aku berjanji pada mereka yang akan ku berikan hadiah. Sepatutnya semalam, namun terlupa dek kesibukan mengurus banyak urusan aku berjanji akan membawanya hari ini.

"Tinnnnnnnn", keretaku dihon sebaik aku membuat pusingan 'U' sebaik lampu hijau menyala.

"Mintaaa maaafff pak cikkk", jerit ku didalam kereta. Sama ada didengari atau tidak, Wallahu'alam.

Kadang kala kerana terlalu gelojoh kita selalu merana. Oleh kerana itu, Baginda s.a.w amat tidak menyukai perkara yang terburu-buru dan gelojoh. Berserdahana itu lebih cantik.

Tepat jam 2.30 petang aku tiba diperkarangan sekolah. Kelihatan anak-anak masih lagi bermain seladang.

"Dah, dah, jom beratur semua !"

"Beraturrrrrrrrrrrrr !", seperti biasa jeritan Shazani memberhentikan semua permainan anak-anak.

"Huh, bopoloh-poloh semuo haa", usikan aku mencuit hati anak-anak.

Seusai membaca doa dan mendapatkan informasi dari barisan pengajar terus anak-anak ini masuk ke kelas masing-masing. Hari ini dan hari yang berikutnya jadual waktu pertama untukku adalah Pelajaran Tilawah AlQuran darjah 1.

"Ustat dah datang, Ustat dah datang", jerit Isabella setia menantikuu dimuka pintu.

"Ok, apa khabar semua adik-adik?", sapaanku selepas selesai berdoa.

"Baik, baik, baik, Ustat baik tak?", tanya Amira Sofiya

"Ustat tak baik eaaa", jawapan yang dicipta sendiri selepas bertanya.

"Ustat baik je, tengok kan sihat sokmo ni !", jawabku ringkas.

"Ustattt, sokmo tu apa ustat?", Danish pula menyampuk.

Jika terus aku layan kerenah anak-anak ini pastinya buku langsung tidak terusik. Namun, aku tidak memilih mengecewakan mereka. Akan ku jawab di akhir waktu pembelajaran nanti.

Hari ini, topik baru menemui mereka. 'Nun Sakinah'. Moga mereka lebih 'sakinah' pabila membaca alquran dengan penuh tajwidnya. Cukup 20 minit aku menerangkan kepada mereka. Waktu pembelaran yang dibekalkan selama 30 minit. Namun, anak-anak kecil ini masih tidak boleh dipaksa untuk 'makan' semuanya. Teringat pesan Cikgu Mohd tentang psikologi anak-anak kecil ini. Ianya tidak boleh dipaksa untuk menerima.

Pengalaman berprogram dengan anak-anak seusia mereka ini juga cukup memberikan 'guideline' untukku.

"Ok, siapa yang dah siap kerja semalam, mari datang kat Ustat. Ustat nak tanda".

"Siapa dah siap Ustat bagi hadiah".

"Saya, Saya", berlumba-lumba anak-anak kecil tikamana mendengar kalimah 'Hadiah'.

Kebetulan, ketika aku berceramah berkongsi pengalaman tentang Nuzul Quran di Maahad Ahmadi, pihak pengurusan memberikan saguhati hamper yang berisi makanan ringan. Dari tidak bermakan baikku berikan kepada anak-anak ini. Ummi pun pesan untuk berikan kepada mereka yang memerlukan.

"Ustat, Sofiya dah siapkan kerja dirumah Ustat", kata Shazanani Nabilah yang mempertahankan sahabatnya. Hadiah yang ku bawa hari ini hanya untuk mereka yang telah menyiapkan kerja rumah yang aku bekalkan kepada mereka semalam. Oleh sebab itu, pabila mendengar kalimah 'hadiah' semuanya laju menyiapkan kerja.

"Siapa yang Ustat dah tanda, siapkan kerja hari ini pulak", pintaku kepada anak-anak agar mereka lebih terkawal.

Habis 30 minit aku bersama anak-anak ini, perjuangan dakwahku bersambung dikelas seterusnya. Kelas darjah 2, matapelajaran Fiqh Ibadat.

"Ustaz, Syikin kata nak hadiah", Irda selalu sahaja mengusik rakan rakibnya.

"Mana ada Ustaz, Irda tipu Ustaz", balas Syikin.

"Awak ni Irda, jangan lah ",pesan Syikin pada Irda. Mereka ini menggunakan bahasa yang sopan apabila berkomunikasi antara satu sama lain. Cara komunikasi sebegini rupa mampu melembutkan hati yang keras. Teringatku pada seminar komunikasi yang disampaikan oleh Dr.Ary Ginanjar di Universiti Teknikal Melaka (UTeM). Ada 7 cara komunikasi. Antara yang paling tinggi kesan positifnya adalah apabila kita berkomunikasi dengan WISDOM (Hikmah).

Bukankah Allah pun meminta kita untuk menggunakan Bahasa Hikmah tatkala ingin menyeru manusia kejalanNya? "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk". Surah An-Nahl 125



"Ok, hari ini kita buat kuiz lah ye", kata-kataku menarik perhatian mereka.

"Yeaaayyyyy, kuizzz", hampir semua anak-anak ini memang menyukai kuiz.

"Ok, lelaki lawan perempuan", terangku lagi

"Ustaz, tajuk apa Ustaz?", soal Hanisah. Hanisah ini murid yang pintar, cekap. Hampir setiap kali kerja yang kuberikan disiapkannya ketika itu juga.

"Ok, hari ini kuiz tajuk Wudhuk dan Istinjak".

"Alaaaaa, susahya Ustaz".

"Lah, semalamkan Ustaz dah bagi tahu tajuk"

Kuiz berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pelajar perempuan. Namun, semuanya mendapat hadiah. Kuberikan setiap seorang 2 biji cumi untuk menghargai usaha mereka. Kesungguhan anak-anak ini jika terus dikonsisten kan oleh para pendidiknya pasti mampu lahir AlFateh moden.

"Ustat, boleh makan sekarang tak?", soal Syazwan.

"No, no, no, You cant eat here", jawabku berbahasa inggeris.

"Fuyoooo, Ustat speaking tu", Irda mengambil peluang mengusik ku.

"No No No", mereka mengulanginya kembali.

Sememangnya, murid-murid memang tidak dibenarkan untuk makan didalam kelas. Ramai juga yang mempersoalkan ketidakbolehannya. Hatta, aku pun dahulu pernah mempersoalkannya. Namun, hikmahnya amat besar. Disamping, mendisiplinkan pelajar agar lebih teratur malah keadaan kelas juga akan lebih kondusif dan selesa. Tiada bau sambal !

"Syazwan, pensil aku mana..semalam kau amikkan", pinta Budriz Shah.

"Mana ada aku amik, kau yang letak mana tah", Syazwan cuba mempertahankan dirinya yang tak bersalah mungkin.

Kadang-kadang akibat cuai, terlupa dan sikap tidak ambil endah dengan harta milik kita menyebabkan harta benda hilang dari pandangan kita. Perkara inilah yang ummi selalu tekankan kepada anak-anaknya termasuk aku. Ambil 'ihtimam' dengan harta benda kita. Jangan ambil acuh tidak acuh tambahan hampir separuh usia remajaku dihabiskan di asrama.

"Uisshh, ape gaduh-gaduh ni dik"

"Alah, Ustat, diorang memang macam tu, tak habis-habis nak gaduh", celah Irda.

"Syazwan amik pensil picit sayaaaa", adu Budriz kepadaku dengan nada yang sayu.

"Tak pe lah, Ustat gantikan. Berapa harga pensil tu?", tanyaku meredakan pertelingkahan.

"Seringgit".

Terusku berikan duit seringgit untuk menyenangkan hatinya. Walaupun hakikatnya dompetku hanya berisi RM 3 sahaja. Demi anak-anak yang mempunyai potensi dan perjalanan yang masih jauh ku sanggup.

Selepas rehat, hari ini aku akan mengajar semula anak-anak darjah 1. Semangat luar biasa mereka untuk belajar perlu diraikan. Sedangku duduk sambil memerhatikan anak-anak ini berlarian dan bermain ada sahaja pertanyaan dari anak-anak darjah 1 ini. Mulut yang dipenuhi roti, tangan yang memegang plastik makanan, tudung yang comot dek terkena kuah kari dan pelbagai ragam comel anak ini.

Semua pertanyaan mereka berkaitan dengan pelajaran.

"Ustat, lepas ni kita belajar apa Ustat", Shahzanani Nabilah yang sentiasa gemuruh.

"Ustat, lepas ni belajar dimana Ustat", tambah Nureen Faqihah.

"Ok, adik-adik Ustat comel, lepas rehat kita belajar dikantin ye".

"Yeaayyyy", sepantas kilat berita ini sampai ke telinga semua murid.

"Ei, Siapa adik Ustat, malu je..", sampuk Fatimah seorang pelajar yang tingkah lakunya agak luar biasa. Pelajar darjah 5.

Lughatul Quran. Subjek yang amat membosankan anak-anak jika tidak kena gaya pembelajarannya. Mana tidaknya, sudahlah bahasa asing ditambah pula dengan sukar untuk memahami maksudnya. Oleh itu, perlu banyak cara untuk memenangi hati mereka. Menyanyi, berlakon, dan kalau perlu untuk menggunakan alatan multimedia, kita harus menggunakannya.

Aku memlilih untuk menyanyi hari ini. Bertepatan dengan tajuk yang ingin ku ajarkan mereka hari ini.

"Yaumul Ahad, Yaumul Isnin, Yaumul Sulasakk, Yaumul Arbi'ak, Yaumul Khomis, Yaumul Jumuah, wa akhiron Yaumul Sabtu", nyayi ku bersahaja.

"Adik-adik, ikut Ustat".

Bergema kantin dengan suara mereka. Ada yang seperti Mawi, ada yang seperti Stacy, malah seperti Jamal Abdillah pun barangkali ada. Mereka terus menyanyi dan menghiburkan hati mereka dengan lagu ciptaanku yang entah bagaimana rentaknya.

Dengan adanya lagu ini, aku berharap dapat memudahkan anak-anak ini menghafalnya. Selepas mereka menyanyi, aku minta seorang demi seorang datang disisiku untuk ku bekalkan mereka dengan kertas 'Al-Ayyamu fil Usbuk' supaya mereka lebih senang lagi untuk menghafal dan mampu untuk menuliskannya kembali. Moga, disaat peperiksaan akhir tahun yang bakal menjelma nanti mereka mampu menjawab soalan yang berkaitan dengan baik.

Aku akhiri sesi pembelajaran minggu ini dengan harapan supaya mereka mengisi waktu hujung minggu dengan perkara yang bermanfaat. Usah leka dihadapan television. Minggu ini mengajar aku erti kehidupan seorang pendidik.

Hari menghargai usaha mereka ! 8 Sept 2011

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -