Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Dec 8, 2011

Jam 5.o0 petang.

Cahaya merah ufuk barat jelas terpancar. Suhu yang makin rendah, anginnya pasti menusuk.

Tikamana saya keluar membeli telur dan roti untuk berbuka puasa, saya terlihat seorang mak cik arab tua mengukis-ngukis timbunan sampah demi menghargai sebuah kehidupan. Begitu ramai insan yang terpaksa menghinakan diri mereka disisi manusia lain hanya untuk sebuah kehidupan.

"Mak cik ni, dah tua pun masih mengutip sampah", kata jujur yang terbit dari hati.

"Sebuah kehidupan amat bernilai dan berharga bagi semua, tiada yang menafikannya".






Akibat tekanan dan desakan untuk terus hidup, mereka sanggup ! Berpagi-pagian dengan sampah. Berpetang-petangan dengan sampah bahkan bermalam-malaman dengan sampah.

"Macam mana penilaian kau terhadap orang minta sedekah dengan orang kutip sampah?", tanya saya pada Aiman Dirkhan satu ketika dahulu.

Sememangnya, di awal kehadiran kami dibumi banjaran atlas ini memang banyak terkejut dari banyak kagum. Ramai yang terpaksa meminta-minta dari bekerja. Pergilah disudut mana pun, pasti ada yang datang meminta. Saat itu, barulah datangnya rasa syukur kerana Allah permudahkan urusan hidup kita selama ini.

"Aku lebih 'prefer' kepada mereka yang kutip sampah. Sebab mereka berusaha untuk make a value in their life. Walaupun kutip sampah, ianya lebih mulia dari minta sedekah".

Semua berusaha, bekerja dan berkeringat untuk menghargai kehidupan yang satu. Baik atau buruk. Kaya atau miskin. Bahagia atau merana. Kita yang tentukannya.

Oleh kerana itu Allah ciptakan KEMATIAN selepas KEHIDUPAN ! Supaya kita lebih menghargai kehidupan ini untukNya !

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);


Hargailah kehidupan yang masih berbaki !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 0147am


- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -