Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Dec 30, 2011

"Assalamualaikum warahmatullah.."

"Assalamualaikum warahmatullah...", balas makmum selepas Imam memberikan salam solat maghrib.

"Wahai orang muslim, aku mohon 2 minit dari kamu semua, tolong dengar rayuan aku ini", jerit seorang pak cik sambil memegang fail biru.

Memang menjadi pilihan masyarakat yang ingin memohon bantuan orang ramai demi menghargai kehidupan mereka mengumumkan masalah mereka di masjid. Masjid pusat segalanya !





"Aku sakit, bulan depan aku ade 2 operasi pembedahan".

"Aku tak boleh nak kerja, aku sakit, tolong aku", rayuan pak cik itu memecahkan suasana hening masjid.

Kebetulan saf solat saya hanya selang 2 saf dari pak cik tersebut. Rayuannya membuatkan para jemaah berhenti seketika dari terus keluar.

"Aku bersumpah dengan AlQuran yang aku ini memang sakit".

Memang ketika itu saya sedikit terkejut kerana jarang-jarang orang yang minta 'bantuan' ini bersumpah dengan memegang Al-Quran. "Pergh, hebat pak cik, memang betul-betuk terDESAK ini", bisik hati saya.

"Tolong aku, aku sangat perlukan duit", pak cik itu seakan-akan ingin menangis.

Begitulah keadaan kehidupan disini (Maghribi). Penuh dengan pelbagai warna kehidupan. Yang biru(tenang) terus biru. Yang hitam (gelisah masalah) terus hitam. Kadangkala pelbagai andaian dan tafsiran yang boleh dilakukan disini.

Percaya apabila dia mula bersumpah dengan AlQuran. Kerana kita hanya mampu menghukum secara zahirnya bukan secara batinnya.

"Kami menghukum secara zahir, dan Allah menghukumnya apa yang tersembunyi", Mafhum Alhadith.

Hampir lima minit pak cik tersebut duduk memohon bantuan dari para jemaah. Menanti dan terus menanti akibat terdesaknya demi menhargai sebuah kehidupan. Sehingga saya juga turut terkesan.

Seorang Pak Cik yang sudah berumur datang berhampiran pak cik yang meminta bantuan tersebut. Apa yang tersentuh dek hati kerana Pak Cik memberi harapan pada pak cik itu dengan not kertas DH 50.


Sebuah harapan untuk kehidupan. Pelbagai cara yang dilakukan hanya untuk sebuah kehidupan. Disini dan Disana. Lakukanlah apa sahaja yang penting paksinya Syariat Nabi kita. Jangan terbabas dalam menghargainya.

Kalau terdesak semuanya boleh !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | 0316am




- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -