Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Nov 27, 2011

"Hijrah maknanya berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain".

"Hijrah Rasul bersama Sahabat lambang kekuatan berjemaah", sampuk Zulhafizi.

"Kita pun mesti berhijrah ! tak usah duduk bercakap lagi".

"Jom, lakarkan 'hijrah plan' agar lebih tersusun"




Assalamualaikum wbt. Salam hijrah 1433H. Moga tahun ini kita lebih baik dan lebih kuat azam untuk hijrah.

Pasti ramai, apabila masuk tahun baru Islam dan juga tahun baru Masihi semuanya mempunyai niat dan azam yang baru. Semuanya sedang dalam fasa memperbaharui niat dan azam. Cumanya, niat yang telah diperbaharui itu lebih cantik dan mudah digapai dengan USAHA yang utuh!




Hadith Baginda s.a.w yang membincangkan tentang keutamaan niat dalam kehidupan.

Bagi saya, tahun baru yang datang ini penuh dengan cita-cita dan harapan. Antaranya, saya ingin majukan setapak lagi syarikat Akademi Sukses. Akademi Sukses menuju ke SDN BHD dan berdaftar di Kementerian Kewangan ! Disamping ingin menamatkan zaman bujang dengan kadar segera !

Moga semuanya dipermudahkan.

Niat+Usaha+Konsisten= Sukses !

Ubah 'Point of View' kita !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 0907am.

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -