Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Nov 22, 2011

"Eh, Jangan hadir majlis ilmu tu, sangat bahaya, orang Wahabi ramai disitu"

"Woi, *&%*^@# , kau jangan jadi salapi"

"Eleh, ingat kau sufi kau hebat!?"






Assalamualaikum wbt. Moga berada dibawah naunganNya. Tikamana saya sedang menghadami pelbagai ragam manusia didalam ruangan laman sosial facebook, saya jumpa satu isu menarik untuk dikongsikan. Jabatan Label Orang !

Dinihari ramai yang begitu ghairah melabel orang sehinggakan tiada yang 'suci' melainkan yang menerima pandangan mereka. Disebabkan 'akhlak' label-melabel ini menjadi penyakit, masyarakat yang terima padahnya.

"Macam mana saya tak nak berubah, orang agama pun bertelagah !", pernah seketika luahan ini sampai ditelinga saya.

"Orang Agama yang FAHAM agama tidak akan bertelagah dik", jawab saya memujuk hati.

Penyakit yang menyebabkan sakit !

Tidak perlulah bertelagah, melabel sesuka hati dan memburukkan satu sama lain. Islam ini RAHMAT jangan jadikan KESUMAT ! Banyak lagi isu yang perlu kita selesaikan. Setakat 2 tahun belakangan ini 152,000 anak luar nikah didaftarkan, masih ada masa untuk melabel lagi?!

Orang murtad makin bertambah , makin menjadi trend, makin serius, dan kita masih ada waktu lagi untuk bertelagah@melabel?

Nasihat saya hamba yang lemah ini, perkukuhkan Ilmu kita yang sedia maklum belum mantap jika ingin dibandingkan dengan mereka yang kita selalu melabel mereka. Berhujjah dengan Ilmu bukannya dengan Emosi yang akhirnya mampu menjatuhkan semula anda.

Orang yang FAHAM dan SEDAR bahawa Islam itu Rahmat pastinya berhujjah dengan Ilmu bukan dengan Hidung Tinggi !

Isu murtad lebih besar dari isu qunut atau tak berqunut ! Jika 'budaya' ini terus menjadi akhlak saya rasa elok Kerajaan Malaysia wujudkan Jabatan Melabel Orang. Agar lebih telus dalam melabel.

Semoga kita lebih optimis selepas ini untuk menghadapi mehnah dan tribulasi yang sentiasa tersedia untuk para pejuang dakwah islamiah. Wallahu'alam

p/s : Saya ingin menjadi Mukmin Profesional seperti Muhammad AlFateh !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 2008pm



"habib ali jufri dan sheikh 'aid al qorniy (pengarang kitab 'la tahzan') dua ulama yang dikatakan berbeza aliran dalam sebuah satu pertemuan mesra sambil bersalam (bukan BERTUMBUK). SEORANG DIKATAKAN CENDERUNG DENGAN PEMBAWAAN SUFI, DAN SEORANG LAGI DISELAR SEBAGAI WAHABI. TAPI BAGIKU MEREKA BERDUA MEMILIKI PERSAMAAN YANG BANYAK DAN SALING MEMILIKI NILAI-NILAI YANG DIKATAKAN ORANG SEBAGAI BERTENTANGAN ITU. TIDAK BOLEHKAH KEADAAN INI DIJADIKAN 'IBROH?" Ulasan gambar yang diberikan oleh Ustaz Azmansyah Alias Al-Azhari.

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -