Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Oct 16, 2011

"Eh, tak sedih ke bila dah berpisah?"

"Eh, macam kehidupan 'bujang'?"

"Eh, masalah kerja tu dah selesai?"

"Eh, hutang tu macam mana nak selesaikan?"

Semuanya 'EH"! Percaya atau tidak inilah soalan yang selalu menghantui diri kita tikamana kita berada didalam situasi PUTUS CINTA, KONFLIK KERJA, SALAH FAHAM PERSAHABATAN, dan KONFLIK KEWANGAN!



Assalamualaikum wbt.



Semoga kita berada dibawah lindunganNya. Entah mengapa saat dengkuran manusia memenuhi ruang udara dunia ini saya masih belum boleh memejamkan mata. Hasilnya, saya buka lembaran baru didalam laman ini.

Ramai dalam kalangan kita hari ini sentiasa memenuhkan fikiran mereka dengan perkara negatif. Penuh dengan 'rubbish'. Hanya memenuhkan fikiran dengan memikirkan masalah, masalah dan masalah! Akhirnya, teman-teman yang saya hormati kehidupan kita penuh dengan masalah.



Sebuah kisah untuk pengajaran kita. Disebuah taman perumahan tinggal didalamnya sebuah keluarga yang terdiri dari 4 orang. Ahmad, bapanya, ibnunya dan adiknya.
Dijadikan cerita, satu pagi ketika azan subuh sudah berkumandang hampir 1 jam , Ahmad dikejutkan ayahnya untuk menunaikan kewajipan tersebut.

Bapanya terus mengejutkan Ahmad dengan cara lemah lembut dan kasih sayang. Namun, dek kepenatan yang amat, Ahmad telah menengking ayahnya dengan tengkingan yang dahsyat dan sekaligus menyebabkan ayahnya 'tension' serta baran.

Disebabkan kejadian itu, ayahnya turun kebawah lalu memarahi ibunya yang sedang menyediakan sarapan. Kebetulan, ibunya baru saja ingin menanyakan khabar ayahnya pagi itu. Tindakan ayahnya yang memarahi ibunya itu menyebabkan ibunya juga 'tension' dan akhirnya memarahi adiknya pula.

Natijahnya, satu rumah tersebut 'tension' dan stres akibat perkara negatif telah memenuhi ruang fikiran dan ruang rumah mereka. Tetapi, jika kita kebelakangkan semula kisah ini dengan Ahmad menyambut ayahnya dengan penuh sopan santun dan berterima kasih kerana sudi mengejutnya untuk menunaikan solat subuh. Pastinya rumah itu semuanya akan senyum dan perkara positif akan berlegar disetiap sudut rumah tersebut.

Lihat! Bagaimana kesannya kehidupan yang penuh dengan 'sampah' ini. Jadi mengapa perlu kita fokuskan pada masalah! Sedangkan masalah itu hanya 10 % sahaja! Walhal, potensi, tanggungjawab, kerja dan hal-hal lain semuanya merangkumi 90%! Itulah hakiktnya kita hari ini. Fokus pada perkara yang kecil manfaatnya dari memfokuskan kepada perkara yang lebih besar manfaatnya.

Jika fikir dan fokus pada masalah kita akan dapat masalah lah! Kenapa perlu? Bagi saya, saya tiada masa untuk memikirkan masalah-masalah ini sehinggakan mampu merosakkan 90% peluang kejayaan saya. Masalah mereka biar mereka yang selesaikan. Masalah cinta mereka biarkan 'cinta' mereka selesaikan. Masalah kecewa dengan cinta mereka biar mereka yang uruskan. Kita uruskan masalah kita dengan ummat! Masalah apa sumbangan kita untuk ummat!

Hei! Why should I think more about them! about her! Please lah, Ummah waiting for Us! Waiting for our actions! Transformkan lah gaya pemikiran anda supaya Ummah yang Mulia ini merasa nikmatNya. Ummah menunggu apa yang kita lakukan untuk mereka, bukan menunggu apa yang kita boleh omong-omongkan untuk mereka. Bak kata orang 'speachless'. Mudah-mudah kita mampu untuk melakukannya! Doakan saya!

What You Get Is What You Focus On!

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak AyahBonda 0230am

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -