Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Oct 10, 2011

"Perjuangan kita ni Azwan tidak pernah kenal erti penat", nasihat saya kepada abang ngah.

Hidup adalah pilihan. Itulah yang selalu kita dengari dari mulut-mulut mereka yang telah berjaya dalam kehidupan. Walaupun penat dan lelah dalam berlari untuk menyebarkan dakwah yang 1 ini tetapi kekuatan dan sokongan dari teman-teman yang memahami perjuangan ini membuatkan kita untuk terus kuat.





Siapa kata tidak penat? Pastinya penat dan letih itu menyelubungi diri. Tetapi semuanya pilihan kita. Teruskan usaha ini ataupun berhenti berehat. Jika kita teruskan usaha itu, pastinya hasilnya juga jadi seperti apa yang kita inginkan. Namun, jika kita memilih untuk berehat ingatlah pasti hasilnya tidak seperti apa yang kita inginkan.

Bukan bererti kita tidak perlu berehat namun, berehat seperti mana yang kita perlukan. Berehat yang menjadikan kita terus duduk dalam keadaan selesa atau berehat yang sentiasa memikirkan urusan ummah yang belum selesai.

Dari Sabah terus ke Selangor. Dari Selangor terus ke Kuala Pilah. Dari Kuala Pilah terus ke Gemencheh. Mustahil tidak penat! Namun kepenatan itu hanya sekejap jika kenal erti perjuangan.

"Jaga kesihatan bang"

"Isyaallah, sihat dan sakit itu semuanya dari Dia kan?", "Kita mampu usaha untuk kekal sihat je".

"Betullah tu bang"

"The Most Important, kamu doakan abang sentiasa kuat dan istiqomah serta beri sokongan, ok?"

"Pasti, insyaallah, doakan saya jugak bang"

Semuanya adalah pilihan. Pilihlah yang mana satu jadi pilihan kalbu. Bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian atau Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Ingat ZON SELESA bakal menyebabkan anda tersembab diakhirnya. Pilihlah!


Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Ayah Bonda 1253pm

2 Responses so far.

  1. This comment has been removed by the author.
  2. selamat meneruskan perjuangan..

    kerana orang pesimis mencari kesukaran dalam peluang tetapi orang optimis mencari peluang dalam kesukaran..

    u choose what u want..

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -