Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Oct 18, 2011

Saat menulis ini saya sedang memujuk hati supaya terus cekal dan tabah dengan ujian yang bertandang tanpa dipinta.

Baru lepas saya ungkapkan di Sekolah Menengah Sains Alam Shah bahawa kadangkala Allah selalu menguji kita dek kerana ingin melihat apa reaksi kita. Syukur ataupun menyalahkan takdir? Ada tewas didalam situasi ini. Ada masanya saya juga tertewas! Kerana saya juga insan biasa seperti anda.






Banyak ujian yang saya tempuhi seorang diri, berturut-turut. Itulah buktinya bahawa kehidupan didunia ini seperti roda! Kadangkala berada di atas dan kadangkala berada dibawah. Cuma persoalan yang perlu kita fahami bersama ialah bagaimana kita menguruskan kehidupan tatkala berada dipuncak mahupun dibawah.

Hari ini, saya cukup bahagia. Walaupun di ulit kesedihan namun saya bahagia. Banyak perkara yang menjadikan saya cukup bahagia dan terasa lapang.

Saya bahagia hari ini kerana :

1. Nikmat Allah masih yang hirupi.

2. Berjaya sampai ke Sekolah Menengah Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti untuk berkongsi ilmu bersama adik-adik lepasan PMR. Moga dengan perkongsian itu mereka mampun berpegang teguh dengan Agama yang sentiasa mengajar kita erti kejayaan.



3. Hari ini saya mampu memiliki majalah Gen-Q dan Tarbawi. Majalah ini yang saya rasakan cukup berharga kerana isi kandungannya amat bermanfaat disamping boleh dijadikan modul untuk progrm yang akan datang.

4. Hari ini saya rasa bahagia kerana saya bertemu dengan mentor saya Cikgu Mohamad. Banyak perkara yang saya kongsikan bersama beliua dan beliau juga banyak memberikan suntikan inspirasi dan semangat. Disamping saya membentangkan 'strong plan' saya untuk lagi 3 tahun dihadapan seseorang dengan bantuan cikgu.

5. Hari ini saya rasa bahagia kerana saya berpeluang mengikuti kuliah tasawwuf yang sudah lama saya 'cicirkan' di Balai Rasmi YTM Tunku Besar Tampin. Satu lagi titik penyejukkan hati ini.

6. Hari ini saya amat bahagia kerana berpeluang makan malam semeja dengan YTM Tunku Besar Tampin sejurus habisnya kuliah dibalai. Alhamdulillah, YTM Tunku masih mengingati nama saya tikamana saya memberi tazkirah disurau Taman Clonlee ramadhan lalu.



7. Kemuncak kebahagian saya hari ini ialah, saya amat bahagia kerana Allah menggerakkan hati YTM Tunku Besar Tampin untuk perkenankan pelantikan YTM Tunku sebagai Penaung Program Kem Generasi Ulul Quran Siri 3. Insyaallah, YTM Tunku, akan hadir mencemar duli ketika majlis penutupan nanti.

Alhamdulillah, 7 perkara yang membuatkan saya cukup bersyukur! Semuanya datang dari DIA. Kebahagian bukan pada dia tapi pada DIA. Saya bahagia kerana membahagiakan orang lain!

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak AyahBonda 0210am

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -