Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Sep 2, 2011

Assalamualaikum wbt, Salam Lebaran Sukses dan Salam Kemaafan dari saya sekeluarga.

"Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi"








Apa khabar semua? Moga anda teman pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ingat, jaga pemakanan ketika berada dihari lebaran ini jangan terlebih kerana berlebihan itu mendatangkan penyakit. Teringat pesan AlFadhil Ustaz Hj Idris ketika memberi pengisian di Surau Nur Hidayah, Taman Clonlee pesan beliau perut ini punca kebaikkan dan punca segala keburukkan.


Entri kali ini lebih membicarakan tentang hati dan perasaan. Harapnya, dengan penulisan yang tidak seberapa ini mampu membuka hati dan mata.

Teman,

Dahulu kau laungkan kalimah jihad sepenuhnya. Dahulu kau tekankan dakwah sehabisnya. Namun, datangnya si dia membutakan kau dan perjuangan.

Dahulu, jika kau menangis teman yang lain pasti tahu ada kekurangan pada strategimu. Dahulu, jika kau menangis pastinya seribu pertanyaan melanda diri sekelilingmu.
Namun, sekarang air matamu langsung tidak bernilai dek menangis kerana SMS tidak berbalas.

Sahabat,

Aku masih tidak memahami apakah engkau sebenarnya masih mencari identiti diri?
Jika dahulu, auratmu selalu kau pertahankan, selalu kau bentengkan. Namun, akibat obses pada cinta kau lupakan semua itu? Apakah benar? Kerna itulah ramai kata cinta itu buta. Buta itu pada kau bukan pada cinta!

Teman,

Rasanya, engkau orang paling bersemangat dalam membantu mensukseskan masyarakat. Rasanya, engkau lah yang paling berwibawa dalam memberikan tugas secara saksama.
Tapi, segalanya berubahkan sejak engkau meng'abc'kan urusan kerja dan peribadi.

Teman,

Dahulu kita bercerita fasal komitmen. Kata kau komitmen ini amat penting dalam melicinkan gerak kerja.
Dahulu, setiap kerja kau perincikan, setiap kerja kau telitikan.
Tapi, berubah segalanya dek Taat dan Patuh kepada insan yang belum sah nikahnya.

Sahabat,

Kesibukkan kau mengejar kehidupan yang selesa akan membuat kau tersungkur dipenghujungnya. Baginda tidak memilih untuk berada didalam zon keselesaan. Hasilnya nikmat Islam itu kita rasai bersama. Sultan Muhammad AlFateh tidak memilih untuk menggoyangkan kakinya di atas persemayamnya, Beliau lebih memilih untuk bersusah, akhirnya beliau menjadi Sebaik-baik Panglima.

Teman,

Alasan kau membuatkan kami kecewa. Alasan kau membuatkan kami ternganga. Namun, tanpa kau kami akan teruskan jua perjuangan ini. Tanpa kau, kami tidak sedikit pun lemah. Tanpa kau, kami sedikit pun tidak goyah. Aku? Aku tetap teruskan kerja walaupun kelibatmu tidak kelihatan. Visi dan Misiku masih belum kugenggam capai.

Banyak masim garam kehidupan yang aku lalui dan tempuh bersama kau dahulu. Tapi, ujian kali ini memang kau terus rebah tidak bangun lagi. Kali ini, aku mungkin tidak harapkan apa-apa lagi dari dirimu kerna kau sudah pun menjauh dariku. Jujurnya, aku memang merindui saat itu. Saat kau, aku, dan lain-lain bersatu membina generasi baru.
Doaku sentiasa mengirimu untuk kau dan bahagia. Ingat! Bukan sentiasa kita berada dilangit.

Sekian, Wasalam.

P/S : Berpijaklah pada bumi yang nyata, Tidak perlu jadi bodoh sombong dalam kehidupan ini.


Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Ayah Bonda

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -