Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Sep 20, 2011

'Kalau dah tak tahan, kahwin jela, bukannya tak mampu", ujar rakan karib saya.

Apabila mata dikaburi cinta yang fana akhirnya akan keluar diminda perkara yang hina. Jujurnya saya tidak minat untuk mencampuri hal 'rumah tangga' orang. Hanya menulis untuk kita semua. What you see is What you GET lah!




Saat saya melihat ada orang bahagia dengan cintanya saat itu juga saya melihat orang yang merana dengan cintanya. Saat mereka yang sedang bahagia dengan cinta umpama bumi ini mereka yang punya. Ayat indah sentiasa disusun atur. Ayat manis di atur kemas. Semuanya kerana Bahagia.

Lain pula keadaannya orang yang sedang merana dek cinta. Tatkala merana dan pedih menahannya semuanya akan menjadi kelam gempita. Saat itulah apa yang hanya bermain difikiran soal siapa yang menjadikan cinta itu kelam gempita. Saat itu jugalah rasional jadi emosional dan saat itu jugalah Mulia jadi Hina.

Saya kebingungan sebenarnya melihat gelagat manusia yang merana akan cinta. Gelagat mereka ini seakan malaikat izrail sudah datang kepada mereka untuk memberi 'signal' pada mereka. Jujurnya, mereka yang kehilangan seorang kekasih yang mungkin selepas itu mereka akan bertemu dengan yang jauh lebih baik dari yang dulu seperti akan mati esok hari dek ditinggalkan kekasihnya itu. Senyum dan fikir.

Teman dan sahabatku sekalian,

Memang benar kehidupan ini perlu dipaksikan dengan cinta. Memang benar, kelahiran kita juga atas dasar cinta. Namun, cinta yang manakah menjadi pilihan dan taruhan kita semua. Ada cinta hanya untuk suka-suka. Ada cinta hanya untuk mengisi ruangan kosong. Ada cinta hanya untuk sementara saja. Ada cintan yang abadi selamanya.

Cuba lihat cinta manakah kita pilih bersama? Pastinya ramai memilih untuk cinta abadi selamanya. Namun, lebih tidak ramai mengetahui cinta abadi itu bagaimana. Paksikanlah cinta kita dengan mencintai DIA lebih dari segalanya. Teguhkanlah cinta kita dengan meneguhkan cinta kita pada DIA terlebih dahulu. Utamakanlah cinta pada DIA sebelum kita utamakan cinta pada si dia.

Barulah, tidak akan kedengaran keluhan, resahan, kepada Takdir Allah. Ingat jangan jadi tawaan iblis apabila melihat anda sedang mengeluh dengan ketentuanNya.

Bahagiakan diri kita terlebih dahulu kepada DIA barulah kita bahagia dengan Si Dia. Jangan putus ASA dengan Rahmat Allah. Terlintas difikiran saya, ketika memandu pulang kerumah dari sekolah saya dengar radio IKIM.Fm yang menjemput Ust. Pahrol Mohd Juoi sebagai tetamu motivasi. Antara yang sempat saya dengar adalah aduan seorang ibu yang mengadu masalah anaknya yang tidak ingin berusaha dan berubah. Jawab Ust, pertamanya si ibu perlu ubah cara berfikir dan ubah set minda. Ubahlah minda supaya minda yakin anak akan berubah. Barulah anak akan berubah dengan usaha dan keyakinan si ibu.

Kaitannya, ubahlah cara kita menerima ujian tersebut supaya kita rasa ujian itu sebagai tanda cinta Allah untuk Kita. Cinta Allah Cinta Hakiki!

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Ayah Bonda 0201 am









- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -