Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Sep 28, 2011

"Kerja ini(Dakwah) Ustaz senang je, semuanya terletak pada diri kita, nak atau tidak, itu aje", Pesan Dato' Waad bin Hj Mansor ketika bertemunya seminggu lepas.



Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah, Maha Suci Allah yang terus membekalkan kita hidayah dan taufiq. Ramai dalam kalangan kita hari yang 'suka' untuk berdakwah. Namun tanpa method dan kekuatan yang kokoh akhirnya mereka berada didalam ketakutan.

Takut pada diri sendiri. Itulah hakikatnya. Disebabkan ketakutan ini banyak perkara yang tergendala.

"Saya nak berdakwah, nak bantu orang tapi parents saya tak benarkan".

Apabila soalan ini di ajukan kepada saya, saya terus menjawabnya dengan tegas kerana soalan ini merupakan soalan pembunuh kerjaya kita. Jawapan saya kepada mereka yang selalu mengadu hal ini kepada saya, saya nak mereka buktikan bahawa kejayaan mereka pada dakwah ini benar. Buktikan kepada ibu bapa anda pasti mereka akan membenarkan anda terus berjalan di atas landasan ini.

Tapi hari ini, sebaliknya berlaku. Hanya tahu mengadu tapi tidak mahu membuktinya pada ibumu. Ramai kalangan rakan saya yang satu ketika dahulu bersama-sama dalam landasan dakwah ini namun kekangan demi kekangan menyebabkan mereka terus lumpuh.

Dan hari ini juga kita tidak perlukan mereka yang bercakap seperti 'kedebang kedebum' tapi langsung tiada 'action'. Sekarang ini bukan masanya lagi untuk bercakap seperti itu tetapi sekarang masa untuk bertindak. Itulah galakan dari Allah. Allah tidak menyukai mereka yang cakap tapi tidak bertindak. Cakap Tidak Serupa Bikin! Itu istilah rasminya.

Realitinya, banyak cara untuk kita berdakwah! Menulis, Program, Dakwah bil Hal, dan Pelbagai teknik yang ada. Teknik-teknik ini hanya boleh diaplikasikan hanya pada mereka yang berani untuk bertindak dan berani untuk menanggung risiko.

Jika tiada risiko itu bukan dunia namanya. Setiap perkara mempunyai risikonya tersendiri. Tidak perlu mengelak dari risiko. Belajarlah menghadapinya dengan cara yang paling efektif. Mereka yang lari dari risiko adalah mereka yang gagal pada diri sendiri.

"Menjadi berani bukanlah bererti membuang ketakutan. Tetapi mengawalnya dan jadikan dia hamba kepada kita", Mark Twain.

Banyakkan membaca dan mengkaji kejayaan mereka yang berada dilandasan ini. Imam Assyafie tidak menjadi tersohor jika sekiranya beliau takut untuk berkata benar.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan.

p/s : Buku No Excuses perlu dibaca disamping buku Kuasa Kepimpinan Alfateh!

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -