Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Sep 4, 2011

"Perjuangan perlukan Pengorbanan"


Seusai menziarahi alFadhil Ustaz Shuhadak semalam, saya terus menziarahi rakan seperjuangan dalam menegakkan syiar dakwah islamiah di Maahad Ahmadi dahulu. Pesan beliau perjuangan ini perlukan konsistensi yang berterusan.



Saya mulai berfikir tentang kehidupan saya yang tidak tahu penghujungnya. Berfikir tentang bagaimanakah penghabisan kehidupan saya. Baik atau buruk. Namun, persoalannya bagaimana kita menghabiskan usia sementara datangnya saat pemergian itu.

Bagi saya, saya akan terus berjuang dan berjuang di atas landasan ini. Perjuangan ini bukan olokan. Perjuangan ini perjuangan yang hakiki. Dan untuk terus konsisten didalam perjuangan yang bukan olokan ini pastinya perlu banyak lakukan pengorbanan. Hatta Baginda s.a.w pun terpaksa mengorbankan banyak perkara untuk menjadikan Islam tersebar dimerata tempat.

Pengorbanan yang ikhlas akan menjadi perjuangan ini terus mapan. Perjuangan tidak perlukan alasan. Perjuangan tidak perlukan ragu dengan keputusan. Perjuangan tidak perlukan orang yang banyak memberi alasan. Mahu atau tidak. Yes or Not. Naam au Lak. Bersedia atau tidak. Musta'id au Gheir Musta'id. Semuanya anda yang tentukan. Sukses!

Pengalman Mengajar Erti Kehidupan. | Teratak Ayah Bonda 1242am 5 Sept

P/S: Berdiri dibumi yang nyata. Tidak perlu jadi bodoh sombong dan bongkak.


7 Responses so far.

  1. moge moge. ingatlah ,

    kadang kadang kita berada diatas , kadang kadang di bawah. berpesan pesan lah sesama kita. iA !

  2. Hidup Umpama Roda...Bukan Selalunya di Langit!

    P/S: Berpijak dibumi yang nyata lebih baikkan?

  3. Anonymous says:

    xsinggah umah aku... haha
    -hanafi-

  4. moga moga terus kuat dalam perjalanan..

  5. Hanafi rumah mana???

    Faiz Nur : Begitu hendaknya, Pohon doa dan sokongan

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -