Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Sep 7, 2011

Jarum jam tepat menunjukkan Jam 2.30 petang. Tapi aku masih belum sampai di perkarangan sekolah dek kelam kabut menyiapkan surat memohon kebenaran menjalankan program di Sabah nanti.




"Sir, saya mengajar dikelas mana hari ini?", soalku kepada Sir Malek. Hakikatnya, jadual waktu mengajar masih aku belum perolehi lagi.

Hari kedua ini pastinya aku akan mula mengajar sebagai seorang Ustaz KAFA. Pada masa yang sama aku juga memikul tugas sebagai Guru Kelas untuk darjah 1. Allah, semuanya comel-comel belaka. Isabella yang ku sebut namanya semalam rupanya berada dikelas darjah 1.

Awal permulaan pembelajaran hari ini aku cuba sesuaikan dengan pelbagai cara. Kebetulan emosi saat ini sedikit terganggu. Namun ku cuba untuk mensempadankannya agar aku dapat berikannya terbaik untuk anak-anak kecil ini.

"Ok, adik-adik, hari tu Tilawah AlQuran, Ustaz Syahir ajar sampai mana?"

"Ustat, muka surat 53", jawab Nureen Faqihah. Nureen Faqihah antara yang pelajar yang menjaga keterampilan. Kemas bajunya, manis bicaranya.

Terus aku belek muka surat yang disebut mereka. Kelihatannya muka surat itu sudah bertanda dengan pen merah. Bermakna semua kerja yang mereka lakukan temph hari telah disemak. Cuma aku hany perlu mengulang pelajaran tersebut bagi membolehkan mereka lebih memahami.

Dan hari ini aku mengajar pelajaran baru. Idgham Bila Ghunnah. Alhamdulillah, mereka berjaya memahaminya bersamaku. Tepat 30 minit waktu mengajar aku terus ke kelas darjah pula. Disana kelas Fiqh Ibadat menanti.

Dalam menahan emosi untuk tidak menjadi imarah teringat kata-kata motivasi yang disampaikan oleh Baginda. Sabdanya sesungguhnya orang bijak adalah orang yang menahan marahnya.

"Ustat, nak ke tandas".

"2 minit sahaja Ustat benarkan"

Tegas perlu. Jika sentiasa 'happy go lucky' susah juga nanti. Dikelas darjah tiga aku hanya mengulang pembelajaran yang Syahir telah habiskan sebelum dia meninggalkan dunia KAFA ini.

Agresif, Proaktif dan Pasif semuanya telah kutemui disini. Semuanya akan menambah kemanisan mengajar jika datangnya dengan jiwa yang ikhlas membantu anak-anak ini. Jika tidak, pastinya mereka akan dihentak-hentak.

Dan hari ini, aku lupa untuk mengulang 'mind set'. Sepatutnya sebelum saya disekolah aku akan set minda sebagai seorang guru cemerlang. 'What You Get is What You Focus On', inilah yang Jack Canfield sebutkan dalam bukunya The Success Priciples. Setiap perkara yang kita fokuskan padanya pastinya ianya akan kita perolehi nanti. Ini semuanya berkaitan dengan minda bawah sedar kita.

Selepas rehat kelas darjah 4 pula menanti. Hari ini mereka akan kuhidangkan dengan pelajaran bahasa arab dan juga video-video kartun bahasa arab. Supaya mereka bertambah seronok mempelajarinya. Kadangkala perlu meraikan mereka sebagai anak-anak kecil.

"Ok, sebelum tengok video hari tu kamu belajar sampai mana?".

Pelajaran mereka terhenti di 'Isim Isyarah' . 15 minit untuk terangkan kepada mereka tentang isim isyarah ini dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan mereka memahaminya. Usai silibus tersebut terus aku tayangkan mereka dengan video kartun berbahasa arab.

"Kalau tak faham, buat-buat faham ya".

"Alaaaaaa"

Kemuncaknya, aku diuji untuk kali ke-3. Emosi aku diuji lagi. Keterlanjuran anak-anak kecil ini mengganggu aku. Kaki yang disilangkan di atas meja, keluar masuk kelas tanpa kebenaran.

Tatkala itu, aku pun berfikir yang pentingya tarbiyah anak-anak ini bermula dari rumah. Rumah adalah segala-galanya. Disitulah anak-anak ini perlu didedahkan sepenuhnya oleh ibu bapa tentang dunia dan agama. Tugas guru, aku nampak hanya sebagai pemantap kepada ilmu-ilmu tersebut. Tetapi bagaimana jika Ibu Bapa pun 2x5.

Hari Mengajar Erti Sabar!

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Ayah Bonda 6 Sept

3 Responses so far.

  1. teruskan perjuangan. layan anak-anak kecil memang ser0nok. kadang-kdang terubat emosi~ best of luck!

  2. terima kasih..pohon doa dan sokongan..

  3. suka aku membacenye, teruskan untuk episod yg akn dtg !

    ustad , move ! berikan yg terbaik utk generasi akn dtg ye

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -