Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Sep 6, 2011

"Ustaz, Sir Malek kata Ustaz kena pergi ke kantin", sapa seorang anak kecil yang memakai baju oren ber'vest'.




"Baik, nanti ustaz kesana".



Genap Sebulan menjadi Imam Tarawih di Surau Taman Clonlee, kini amanahku beralih kemedan mencurah ilmu. Guru KAFA. Walaupun bunyi tak semengah Guru Sekolah Menengah apatah lagi Pensyarah namun tanggungjawab dan amanahnya tidak terkata.

"Ustaz, saya harapkan ustaz mampu memberikan sesuatu yang terbaik untuk ana-anak murid saya ini", pesan guru besar Sekolah Kebangsaan Dr. Sulaiman, Tampin.

Selepas melaporkan diri kepada Guru Besar dan mendapatkan tandatangannya sebagai bukti penerimaan aku sebagai seorang Guru KAFA terus aku mencari Sir Malek. Siapa Sir Malek? Seorang Guru Bahasa Inggeris yang pernah mengajar aku dan Syahir satu ketika dahulu. Waktu paginya beliau memegang portfolio sebagai guru Bahasa Inggeris manakala waktu petangnya sebagai Penyelaras KAFA.

Sebelum menerima jawatan ini, aku setkan diminda bahawa setiap kali aku datang sekolah aku merupakan seorang Guru Cemerlang. Cemerlang dalam mendidik anak-anak kecil ini mengenali dunia. Mereka baru nak bertapak didunia ini. Banyak lagi perkara yang perlu mereka pelajari dan hadami. Aku ini bukannya lepasan Maktab Perguruan. Hanya sekadar insan yang memegang gelaran Mahasiswa. Pastinya aku tidak terdedah dengan 'skill' mengajar yang efiksien seperti mana mereka yang berada dimaktab.

Tapi, aku percaya dengan pengalaman berprogram dan berdamping dengan anak-anak kecil ini mampu memberi persediaan awal untuk aku mengahadapi mereka semua. Ummi pernah beritahu aku dahulu, kadang-kadang kanak-kanak kecil ini mempunyai masalah dan mereka tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya. Kerana hal itu, perlu kita memahami mereka dengan sebaik-baiknya.

"Ustaz, hari ini kita tak ikut jadual, Darjah 5 Ustaz Zarina dah ambil untuk persediaan UPKK, jadi darjah 1, 2, 3 dan 4 Ustaz tolong ambil ya, mereka semua dikantin menunggu Ustaz", Sir Malek yang aku temui sebelum beliau masuk kedalam mesyuarat Bahasa Inggeris bersama Guru Pakar Bahasa dari USA.

"Ouh, semua ya, Insyaallah", tersenyum mendengar arahan 'boss'.

"Nanti Ustaz, Ustazah Laili akan bantu Ustaz".

"Baik, mudah-mudahan".


Aku terus turun kekantin berjumpa anak-anak kecil ini. Mereka beratur dan terusku arahkan ke surau sekolah. Disurau aku telah rancang pengisian untuk mereka. Pengisian mengejut!

Seperti aku dahulu, surau tempat yang paling seronok untuk bermain. Tiada kerusi, tiada meja. Lapang dan tiada halangan untuk berlari kesana kesini. Paling seronoknya dapat bermain air dan simbahkannya kepada rakan-rakan lain. Tersenyum sebentar aku terkenang kenangan silam itu.

Begitu juga anak-anak kecil tersebut. Pastinya mereka seperti aku dahulu. Selepas mengambil angin banyak perubannya terusku arahkan mereka supaya duduk dalam barisan melintang. Lelaki 2 barisan, Perempuan 2 barisan. Pastinya arahan itu bukan boleh dihadam mereka dalam seminit dua. 10 minit untuk mereka duduk sahaja.

"Bangun semuaaaaaa, Assssaalaaamuaalaiikum yaaaaaa ustazzzz" pastinya gaya bahasa mereka seperti aku dahulu.

"Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh, ok, adik-adik baca doa dulu"

Usai mereka membaca doa, semuanya mengelilingiku. Rapat yang sangat. Rinduku pada suasana Usrah Ahmadiah di Maahad Ahmadi makin menebal ketika itu. Ingat lagi, setiap hari selasa setengah jam sebelum azan maghrib berkumandang halaqah usrah pastinya memenuhi ruangan Musolla Al-Munawwarah. Hasil tarbiyah usrah ini menjadikan aku lebih setia dengan perjuangan dakwah ini.

"Ustazah nak isi ke waktu ni?", soalku kepada Ustazah Laili

"Eh, takpe, Ustza buatlah dahulu sesi taaruf bersama anak-anak ini".

"Ok, syukran Ustazah"

Awalnya, aku mengikat adik-adik ini dengan perkataan sukses. Jawapan 'Alhamdulillah, baik' aku tukarkan kepada cara jawab yang luar biasa. Kelihatan mereka menerimanya dengan baik.

"Apa khabar adik-adikkk?"

"Alhamdulillah, baikk, suksess, Allahu Akbar!" bergema surau selepas 3 kali ku ulang persoalan itu.


Ku mulai bicara seterusnya dengan membaca selawat ke atas Baginda dengan, moga dengan selawat itu memudahkan bicaraku.

"Nama Ustat, Mohd Asri. Umur Ustat 19 tahun. Ustat gantikan Ustat Syahir kamu yang dah berhenti sebab nak sambung belajar. Ustat belajar di Morocco. Sekarang bercuti."

"Ustat, nak panggil Ustat apa?"

"Panggil Ustat Ayie, boleh?"

"Boleeeehh"

Usai sesi taaruf ku yang serba ringkas tapi padat aku teruskan dengan mengenali diri anak-anak ini. Walaupun bukan semua aku akan jumpa dikelas tapi perlu untuk mengenali. Aku tidak ingin menjadi guru yang memanggil anak muridnya dengan gelaran 'bai'. Kasar dan biadap kedengaran bunyinya. Pernah kutemui guru seperti itu. Namun, ketika itu suaraku tidak ada nilainya jika aku bersuara.

Hampir 1 jam juga masa yang di ambil untuk berkenalan bersama anak-anak kecil ini. Ada yang malu, ada yang tidak mahu. Nama, tinggal dimana, cita dan hobi. Itu sahaja yang aku perlukan. Banyak cita-cita yang aku jumpa. Doktor semestinya. Polis, ahli bomba pasti ada. Cuma aku tertarik dengan cita-cita seorang anak ini. Menspefikasikan cita-citanya. "Cita-cita saya ingin menjadi Guru Kemahiran Hidup". Termangu aku seketika.

Dalam memastikan semua bekerjasama terpaksa aku ubah cara pendekatan. Dari duduk, aku beriri. Dari berdiri terus aku dekati mereka. Kaedah mulut ke telinga. Cara itu membolehkan mereka terus berinteraksi. Mana tidaknya, mereka malu jika 'biodata' mereka diketahui ramai. Tambahan, anak-anak ini bisingnya seperti berada dipasar borong. Pelbagai cara ku umpankan mereka.

"1, 2, 3 Zip!" tidak sampai 3 saat, bising kembali.

Mujur, Ustazah Laili yang berwatakan tegas berjaya mententeramkan keadaan.

"Siapa bising, Ustat bagi nama pada Ustazah Laili".

Alhamdulillah, sesi taaruf habis tepat pada waktunya. Usai taaruf, rehat pun mula. Hari pertama ini, aku sengaja turun sekali ke kantin. Ingin kurasai dan dekati mereka. Mudah-mudahan objektifku mengajar dan sampaikan dakwah berjaya.

Sebelum meninggalkan surau dan sebelum jam dinding tepat menunjukkan jam 5, aku ajarkan mereka sebuah nasyid. Nasyid cinta 5 perkara.

"Suara Ustat tidak sesedap Mawi, tapi kalau nyayi lagu Isabela tu 'ayam' je", sengaja ku sebut nama Isabela kerana dalam kalangan mereka ada yang bernama Isabela.

"Cinta kepada Allah, Cinta Rasul, Cinta Ibu Bapa, Cinta kepada Ummat, Cinta kepada Kecemerlangannnn, Mari kita semua cinta 5 Perkara", aku ulangkannya 3 kali.

Kami menasyidkannya bersama. Siap dengan gayanya sekali. Alhamdulillah, mereka berjaya ku tarik untuk hari pertama. Esok, hari kedua aku mengajar disana dan akan ku bawa projektor dan komputer riba untuk ku kongsikan didalam kelas darjah 4 video pentingnya belajar bahasa arab. Pesan guru besar agar ku pertingkatkan prestatsi mereka. Insyaallah.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Ayah Bonda 1200am 5 Sept

4 Responses so far.

  1. selamat bertugas ustaz..selamat menjadi guru cemerlang..guru insan cemerlang,anak murid sahsiah terbilang..

  2. Terima kasih sahabat..Mudah-mudahan. Pohon doa dan sokongan.

  3. ustaz ayie ! gudluck.. may allah blees u and ur studentt

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -