Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Aug 10, 2011

Assalamualaikum wbt, dan moga teman pembaca sihat.

Genap 9 hari kita berpuasa di Ramadhan kali ini. Moga semuanya yang terbaik untuk kita. Amin. Kebetulan hari ini saya menonton rancangan Bicara terbitan TV Alhijrah. Ada perkara yang menarik ingin saya kongsikan.



Pertama, perasan atau tidak hari ini ramai yang mengejar banyak A dalam pelajaran. Kesannya, hari ini orang pandai terlalu ramai jika hendak dibandingkan dengan orang bijak. Hakikatnya fenomena ini amat merugikan masa semua muda mudi.

Keduanya, bukan semua yang mendapat A itu mampu 'strugle' untuk kehidupan mereka. Percaya atau tidak kejayaan Bill Gates dibidang komputer tidak memerlukan segulung ijazah bahka beliau dibuang dari kuliahnya kerana pencapaiannya kurang memuaskan. Jadi, semua insan perlu sedar betapa pentingnya membangun potensi diri dari mengejar jadi mesin ada hati.

Ketiganya, saya mengajak semua teman untuk kenalpasti bakat yang ada pada diri. Apabila kita kenal dan pasti bakat tersebut kita mampu menjadi insan yang hebat dan luar biasa. Kejayaan Sultan Muhammad Alfateh dalam membuka kota konstatinople mengajar kita untuk lebih berusaha mengasah minda dan bakat. Apa kena mengena? Banyakkan membaca kisah sejarah beliau.

Dibawah ini, sebuah video yang perlu dikongsi bersama yang saya dapat hasil perkongsian CEO Akademi Sukses Consultancy & Training ketika bermesyuarat bersama beliau sebentar tadi. Song Bung Choi merupakan anak yatim yang tiada ayah dan ibu, namun pengalaman hidup yang susah mengajar beliau untuk mebgasah bakatnya dibidang nyayian. Lihat dan nilai, sukses!




Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Bonda 0139 am

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -