Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jul 20, 2011





Genap dua hari saya langsung tidak menyentuh laman ini dek kerana kesibukkan yang terlalu menghimpit waktu sehinggakan untuk mengemas bilik pun tertangguh selama 2 hari.

Insyaallah, esok saya akan berangkat ke Turki. Awal cadangannya saya akan menginap dirumah seorang sahabat di Turki. Namun, perancangan Allah itu lebih cantik untuk saya dan rakan. Sahabat tersebut terpaksa pulang ke Malaysia lebih awal berikutan tahap kesihatan ibunya agak kurang memuaskan.

Alhamdulillah, hati yang tidak tenang sejak petang tadi mula surut apabila mendengar motivasi dari umi yang sentiasa menyokong saya.

Sejak dari tahun 6 saya mengimpikan untuk ke Turki. Moga permusafiran saya disana Allah permudahkan dah segala urusan dilicinkan olehNya. Berjalan , Bermusafirlah dan Melihat kebesaranNya disana. Pusat islam satu masa dahulu.

Insyaallah, akan saya coretkan pengalaman saya disana dalam usaha Menjejaki Mimpi Sukses! Wallahu'alam, mohon doa semua.

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -