Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jul 9, 2011


Salam Ukhwah untuk semua teman pembaca. Moga anda dan saya terus berada dibawah naungan Allah s.w.t. Hari 9 Julai, terpalit satu sejarah demokrasi negara dengan berjayanya Demonstrasi BERSIH. Moga dengan kejayaan BERSIH membangkitkan suara keramat rakyat ini dapat membuka mata pemimpin agar memerintah dengan telus dan saksama.



Sedang jalan-jalan mencari berita tentang bersih tadi saya terjumpa sebuah video yang agak menarik. Video yang berkaitan dengan trend pemakaian perempuan sekarang. Legging. Uish, legging ini bahaya sungguh. Siapa yang tidak kuat imannya, lari lah cepat-cepat pabila bertemu si 'legger' ini. Maaflah kalau istilah tidak berapa tepat. Fenomena ini memang menjadi 'pembunuh' iman secara senyap. Wanita-wanita yang berlegging pun sudah hilang rasa malu dalam diri. Ayuh, bangun para asatizah dan asatizat. Bangun untuk ubah mentaliti masyarakat. Moga legging ini dijauhkan dari ahli keluarga kita.



Sebagai Sokongan Anda : Lawati blog ini, http://leggingseksi.blogspot.com/

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan



- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -