Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jul 27, 2011


"Akhouya, Kleenex Du Dirham"

"Allah Yarham Walidin"

"Akhouya, Kleenex"

Promosi seorang anak muda dan seorang anak kecil yang berjuang untuk meneruskan kehidupannya dengan hanya menjual sebungkus tisu yang berharga 2 dirham.




Rata-rata semua rakyat disini terpaksa bekerja keras untuk memastikan kehidupan mereka terjamin. Tikamana saya mula sampai dibumi Maghribi ini ada beberapa kejutan budaya yang saya alami tapi saya hanya berminat untuk kongsikan yang dua ini dahulu. Pesan umi saya, apabila bertapak dibumi orang cepat-cepat sesuaikan diri kerana budaya mereka tidak sama.

Kejutan Pertama.

Saya sampai disini 16 Oktober 2011. Ketika hari pertama saya disini tidak ada lagi yang mengejutkan saya kerana keletihan perjalanan masih terasa. Kebetulan, hari saya sampai disini Persatuan Rakyat Malaysia di Maghribi adakan usrah mingguan jadi sebaik sampai kami terus kerumah Datuk Duta.

Hari kedua ketika sampai disana saya dikejutkan dengan satu budaya arab Maghribi iaitu masjid ketika subuh dan lain-lain waktu PENUH. Budaya ini amat jarang saya temui diMalaysia. Hatta, di Masjid berdekatan rumah saya ini pun ketika waktu lain pun belum pasti boleh penuh. Itulah hakikatnya. Pernah sekali dan mungkin banyak kali waktu Maghrib masjid penuh sehingga melimpah keluar. Dahsyat sungguh kehebatan mereka dalam melaksanakan solat secara berjemaah. Secara amnya, Masjid di Maghribi tidaklah secantik masjid-masjid di Malaysia. Di Malaysia kita hanya boleh berbangga dengan kreativiti arkitek yang men'design' masjid tetapi saya rasa kita lebih berbangga dengan rakyat Maghribi yang menjadikan solat berjemaah sebagai keutamaan mereka.

Namun, tidak semua boleh dibanggakan. Walaupun ramai yang memilih masjid tempat mereka tetapi lebih ramai yang memilih Maqha(Cafe Kopi) sebagai tempat bersujud. Ini juga kejutan. Ketika hidup di Malaysia saya jarang melihat lelaki yang tidak pergi ke solat Jumaat. Walaupun ada yang ponteng dari kewajipan tersebut namun mereka agak malu untuk menonjolkan diri ketika yang lain sedang berjumaat. Di Maghribi, boleh dikira berapa banyak kedai yang buka diwaktu solat jumaat yang dipenuhi lelaki. Saya rasa muka mereka memang agak tebal untuk berhadapan situasi tersebut. Bayangkan tatkala azan berkumandang, imam berkhutbah ada lagi yang masih duduk dikedai kopi minum kopi sambil membaca akhbar. Sungguh pelik ! Hakikatnya Palestin hari ini tidak dapat dibantu oleh arab-arab kerana mereka jauh dengan agama.

Kejutan Kedua.

Ketika hari kedua sampai di Maghribi tiada aktiviti khusus yang ditetapkan kerana masih baru dan banyak urusan yang perlu diselesaikan selepas itu. Kesempatan itu saya ambil untuk bersolat di masjid berdekatan dengan rumah pelajar di Rabat. Usai solat yang penuh dengan jemaah saya dikejutkan dengan budaya 'minta sedekah' yang amat banyak di Maghribi.

saya tidak tahu apa puncanya. Terlalu ramai yang meminta sedekah dan ramai yang hidup dalam kehidupan yang amat susah. Pelik tapi itu kenyataannya. Hampir disetiap masjid mesti dihadapan pintu masuknya duduk peminta sedekah tidak kurang dari 5 orang. Nyatanya, 60% kehidupan rakyat Maghribi adalah dibawah paras kemiskinan. Jika di Malaysia tidak ramai dari golongan budak kecil yang meminta sedekah namun disana hampir 10% peminta sedekah mahupun penjual tisu dan barang-barang lain datangnya dari budak kecil remaja.

Ketika sedang menyambut kegembiraan seorang senior yang baru tamat pengajian ijazahnya disini datang seorang remaja yang menjual tisu kepada kami. Kemudian datang pula seorang mak cik bersama anak kecilnya menjual buku doa saiz poket. Tidak lama pula, datang seorang pemuda yang membawa koleksi cermin mata hitam untuk dijual. Oleh kerana itu, saya memerhati kehidupan mereka ini sangat sempit. Barang kehidupan amat tinggi manakala pendapatan berkurangan. Kaya terus kaya, miskin terus miskin. Tisu, Buku, Periuk dan semua yang boleh dijual selagi mereka mampu untuk menjualnya.

Kerana kepayahan itu saya melihat kehidupan kita ini perlukan satu untuk bergantung iaitu Allah. Hanya bergantung padaNya kehidupan kita akan menjadi senang walaupun dihimpit pelbagai masalah. Ada seorang rakan memohon tolong saya memberikan nasihat bagaimana untuk berjaya dan hidup senang. Kebetulan dia dibuang kerja dan dihalau dari rumah sewa. Jawapan yang saya berikan untuk beliau ialah dekatkan diri dengan Tuhan. Solat adalah segala-galanya.

Jangan kerana dunia solat kita abaikan. Jika tidak solat mana lagi tempatnya untuk mengadu nasib padaNya. Solat+ Doa + Usaha = Sukses!


Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Bonda 0300


- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -